Loading...

Umno masuk Arkib Negara?

Loading...
Umno masuk Arkib Negara? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Umno masuk Arkib Negara?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Umno masuk Arkib Negara?
link : Umno masuk Arkib Negara?

Baca juga


Umno masuk Arkib Negara?

AKHBAR RAKYAT

 
Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF 

Seboleh-bolehnya Umno mahu elak masuk Arkib Negara

Sebutlah apa sahaja mengenai Umno dan BN serta kaitannya dengan PRU14, pemimpin mereka menjadi gelabah.

Mereka bimbang kononnya pembangkang, khususnya Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memutarbelitkan isu rakyat, kepayahan rakyat, kemewahan pemimpin serta perbuatan kleptokrasi oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.

Mereka akan mengatakan HARAPAN ‘tok rok cetong’ (tidak berkemampuan) untuk memerintah, sedangkan pemimpin pakatan adalah bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri, bekas Menteri Besar dan ada dua menteri besar yang sedang berkhidmat,’

Mereka juga meniupkan api perkauman dan agama pada Pau 2017 kononnya jika HARAPAN memerintah, DAP akan mengetuai pakatan dan negara akan berdepan dengan isu perkauman yang getir selain Islam terancam.

Mereka membidas ‘bekas pemimpin’ kononnya tidak berjasa kepada negara dan agama tetapi hanya Najib yang melakukan transformasi dalam segala-gala.

Mereka mengatakan ‘ini kalilah Umno akan bangkit’ selepas dua PRU dan akan memenangani majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Mereka juga mengatakan mengatakan Bajet Alternatif HARAPAN 2018 sebagai khayalan sedangkan itulah bajet terbaik ditawarkan kepada rakyat untuk membantu mereka keluar daripada kesulitan hidup akibat kos kehidupan yang tinggi, isu kenaikan harga, kejatuhan ringgit, mempertingkatkan sumber pendapatan negara, pelaburan asing serta penjimatan belanjawan negara.

Bimbang dimasukkan ke muzium, Presiden Umno, DS Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin parti itu menjadikan Perhimpunan Agung Umno 2017 yang berakhir semalam sebagai pentas terakhir perwakilan dan pimpinan Umno untuk berhimpun bagi menaikkan semangat menghadapi PRU14.

Kebimbangan Najib terpancar apabila mengulangi bahawa PRU14 kali ini adalah ‘BAPA SEGALA PILIHAN RAYA’.

Jika ada mengatakan PRU14 sebagai ‘ibu segala pilihan raya;, Najib mengatakannya sebagai ‘bapa pilihan raya’, iaitu meletakkan kebimbangan ke paras lebih tinggi.

Malah, Timbalan Presiden, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menimbulkan kaitan ‘Umno dan Muzium’melalui satu temu bual dengan sebuah akhbar harian, mengingatkan sekiranya sekali lagi BN ditolak, parti itu mungkin akan hanya berada di Arkib Negara.

Ia hanya menjadi medium kajian sejarawan sahaja.

Apakah Najib dan Zahid percaya dan rasa partinya kini semakin ditolak menyebabkan mereka mengatakan demikian?

Kawan baik dalam parti dan kerajaan BN itu nampaknya seiringan dalam mengeluarkan pendapat yang menyatakan lagi dengan jelas bahawa HARAPAN SANGAT DITAKUTI.

Hakikatnya, Umno yang sebelum ini mendapat sokongan orang Melayu terhakis kerana pemimpinnya.

Dan jika Umno ‘dihantar oleh Najib’ ke muzium, bukan kerana kesilapan ahli Umno tetapi kerana kelemahan dan kegagalan Najib mempertahankan Umno seperti ‘pemimpin sebelum ini’.

Ahli Umno tidak ada pilihan itu menolak kepimpinan Umno yang ada seperti dilakukan oleh penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak Najib dan sahabat-sahabatnya atau kekal bersama kapal yang akan karam dan akan dijadikan bahan rujukan di muzium.
Itu sahaja. PRU14 akan mengesahkan segala-gala!

Kenyataannya, ia tidak mustahil akan berlaku kepada Umno yang berusia lebih 70 tahun itu jika rakyat, khususnya orang Melayu dan Islam yang diyakini sedangt menolaknya.



Thus Article Umno masuk Arkib Negara?

Itulah artikel Umno masuk Arkib Negara? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Umno masuk Arkib Negara? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/umno-masuk-arkib-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Umno masuk Arkib Negara?"

Catat Ulasan

Loading...