Loading...

Swafoto Dengan Miss Israel, Keluarga Miss Iraq Diugut

Loading...
Swafoto Dengan Miss Israel, Keluarga Miss Iraq Diugut - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Swafoto Dengan Miss Israel, Keluarga Miss Iraq Diugut, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Swafoto Dengan Miss Israel, Keluarga Miss Iraq Diugut
link : Swafoto Dengan Miss Israel, Keluarga Miss Iraq Diugut

Baca juga


Swafoto Dengan Miss Israel, Keluarga Miss Iraq Diugut


RATU cantik Miss Iraq, Sarah Idan dan keluarganya kini dikatakan terpaksa meninggalkan negara berkenaan selepas menimbulkan kemarahan di Baghdad akibat memuat naik gambar swafotonya bersama dengan ratu canti Israel, Adar Gandelsman.

Sarah telah memuat naik gambar swafotonya bersama dengan Adar ketika mereka baru sahaja tiba di Las Vegas untuk acara Miss Universe 2017 pada November lalu.

Dipetik daripada portal Daily Mail Online, akibat kapsyen Idan yang berbunyi “Salam sayang dan keamanan daripada Ratu Cantik Iraq dan Ratu Cantik Israel,” ianya telah mencetuskan kemarahan dan kekecohan di media sosial.


“Foto berkenaan telah membangkitkan kemarahan orang ramai sehingga keluarganya terpaksa keluar daripada Iraq dalam keadaan ketakutan,” kata Gandelsman kepada Israeli TV sewaktu ditemu bual mengenai perjalannya sepanjang dalam program tersebut.

Menurut gadis berusia 20 tahun itu, dia memberitahu bahawa Idan dan keluarganya kini sedang menetap di Amerika Syarikat selepas diancam oleh orang ramai.


Keluarga tersebut juga pernah diugut bunuh dan jika mereka enggan keluar dari Iraq serta memadamkan gambar berkenaan, gelaran Miss Iraq itu akan ditarik semula.

“Mereka telah meninggalkan negara tersebut dalam keadaan ketakutan sehingga keadaan kembali tenang semula,” tambahnya lagi menurut Times of Israel.


Selepas banyak kritikan dan hinaan yang diterima ketika memuat naik gambar tersebut, Idan telah mengeluarkan satu kenyataan yang menjelaskan tujuan utama mereka bergambar bersama serta dalam masa yang sama menyebarkan mesej pendamaian antara dua negara.

“Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang menganggap foto itu menyinggung perasaan rakyat Palestin tetapi ia bukanlah tujuan di sebalik posting itu, ia hanyalah satu panggilan keamanan dan harapan untuk penyelesaian krisis.” tulisnya di ruangan kapsyen gambar tersebut.


Orang ramai telah menganggap bahawa Misa Iraq tersebut tidak menjaga sensitiviti.

Malah, sedia maklum bahawa Iraq dan Israel masih lagi bermusuhan namun kedua-dua peserta itu telah cuba untuk merapatkan jurang dengan cara berswafoto bersama berserta mesej pendamaian tetapi ianya telah membangkitkan rasa tidak puas hati ramai orang.


“Sekiranya kamu seorang Arab yang dihormati, kamu harus membenci Israel selama-lamanya. Palestin adalah kehormatan kita, orang-orang Arab,” kata seorang pengguna Instagram.

“Anda tidak menghormati rakyat yang telah meninggal dunia di bawah pendudukan mereka. Anda Zionis,” kata seorang lagi pengguna.

Gambar tersebut mendapat reaksi negatif dalam kalangan netizen di negara yang tidak mengiktiraf Israel kerana konflik perang. – MYNEWSHUB.CC/AH


Thus Article Swafoto Dengan Miss Israel, Keluarga Miss Iraq Diugut

Itulah artikel Swafoto Dengan Miss Israel, Keluarga Miss Iraq Diugut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Swafoto Dengan Miss Israel, Keluarga Miss Iraq Diugut dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/swafoto-dengan-miss-israel-keluarga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Swafoto Dengan Miss Israel, Keluarga Miss Iraq Diugut"

Catat Ulasan

Loading...