Loading...
Tajuk : Status Baitulmaqdis kekal - PBB
link : Status Baitulmaqdis kekal - PBB
Status Baitulmaqdis kekal - PBB
ANTARAPOSNEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempertimbangkan resolusi draf mendapati sebarang perubahan kepada status Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan perundangan, dan perlu dikekal seperti sebelum itu.
Resolusi itu menekankan Baitulmaqdis ialah isu yang perlu diselesaikan menerusi rundingan selain meluahkan kekesalan mendalam terhadap keputusan mengenai ibu kota itu.
"Sebarang keputusan dan tindakan yang mengubah sifat, status atau kedudukan demografi Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan perundangan, tidak sah dan terbatal dan perlu dibatalkan," menurut draf.
Mesir mengedarkan teks draf itu semalam, dan diplomat berkata, majlis akan mengundi seawal esok berhubung langkah dicadangkan itu.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel pada 6 Disember lalu yang mencetuskan bantahan segenap pelosok umat Islam dunia.
Diplomat berkata, mereka menjangka AS akan menggunakan kuasa veto untuk menghalang langkah itu, manakala kebanyakan 14 negara anggota majlis berkenaan dijangka menyokong resolusi itu.
Draf itu menggesa semua negara tidak membuka kedutaan di Baitulmaqdis, membayangkan kebimbangan kerajaan lain akan mengikut jejak AS.
Ia menuntut semua negara anggota tidak mengiktiraf sebarang tindakan yang bertentangan dengan resolusi PBB mengenai status bandar raya berkenaan.
Thus Article Status Baitulmaqdis kekal - PBB
Itulah artikel Status Baitulmaqdis kekal - PBB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Status Baitulmaqdis kekal - PBB dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/status-baitulmaqdis-kekal-pbb.html
0 Response to "Status Baitulmaqdis kekal - PBB"
Catat Ulasan