Loading...

Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh Sang Tetamu Yang Mencuri !

Loading...
Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh Sang Tetamu Yang Mencuri ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh Sang Tetamu Yang Mencuri !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh Sang Tetamu Yang Mencuri !
link : Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh Sang Tetamu Yang Mencuri !

Baca juga


Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh Sang Tetamu Yang Mencuri !


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi jaminan bahawa skandal terbaru yang membelenggu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan disiasat dengan telus tanpa campur tangan politik.


Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mad Akin membuat seruan itu kerana badan berkanun tersebut yang sepatutnya membela nasib peneroka-peneroka kini terus menjadi mangsa kepada personaliti yang dilantik secara politik untuk menguruskannya sebelum ini.
“Justeru, saya ingin menegaskan di sini bahawa tiada jalan penyelesaian bagi kes kehilangan tanah Felda selain pendakwaan dikenakan terhadap dalang dan perancang utama.
“Najib Razak perlu memberikan jaminan tiada campur tangan politik akan berlaku demi memastikan pendakwaan akhirnya akan dikenakan kepada dalang di sebalik kehilangan tanah Felda tersebut,” kata Shamsul dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan Felda bakal kehilangan hak milik tanah bernilai RM270 juta di Jalan Semarak akibat urusniaga pada 2015 yang didakwa “meragukan”.
Penilai bebas menganggarkan harga pasaran tanah tersebut sekarang bernilai RM1 bilion.
Tanah itu sedang dimajukan sebagai sebahagian daripada projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) melibatkan tujuh menara – termasuk sebuah menara Felda, bangunan 68 tingkat merangkumi 59 tingkat ruang pejabat dan tempat pendaratan helikopter.
Dalam kenyataan yang sama, Shamsul menyifatkan Felda seperti seorang tuan rumah yang dikhianati tetamunya.
“Kehilangan tanah Felda di Jalan Semarak ini merupakan rompakan yang berlaku di depan mata.
“Malang buat Felda kerana orang yang dijemput sebagai tetamu masuk ke dalam rumahnya dengan memberikan segala kepercayaan kepada tetamunya akhirnya membiarkan rumahnya tergadai akibat dicuri oleh tetamunya,” kata Ahli Parlimen Bukit Katil itu.
Skandal terbaru Felda ini didedahkan media sewaktu skandal pembelian hotel oleh entiti itu belum pun lagi diselesaikan.
Seperti skandal sebelum ini, skandal terbaru ini berlaku sewaktu Felda dikepalai Tan Sri Isa Samad, bekas naib presiden Umno yang terpaksa melepaskan jawatan di dalam parti selepas disabitkan kes politik wang semasa pemilihan parti.
Isa adalah pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017 selain merupakan bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan bekas Pengerusi Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC). #sumber


Thus Article Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh Sang Tetamu Yang Mencuri !

Itulah artikel Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh Sang Tetamu Yang Mencuri ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh Sang Tetamu Yang Mencuri ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/shamsul-felda-telah-di-khianati-oleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Shamsul: Felda Telah Di Khianati Oleh Sang Tetamu Yang Mencuri !"

Catat Ulasan

Loading...