Loading...

Presiden ANAK, "Mazlan Aliman" Menangis Rayu Selamatkan Felda !

Loading...
Presiden ANAK, "Mazlan Aliman" Menangis Rayu Selamatkan Felda ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Presiden ANAK, "Mazlan Aliman" Menangis Rayu Selamatkan Felda !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Presiden ANAK, "Mazlan Aliman" Menangis Rayu Selamatkan Felda !
link : Presiden ANAK, "Mazlan Aliman" Menangis Rayu Selamatkan Felda !

Baca juga


Presiden ANAK, "Mazlan Aliman" Menangis Rayu Selamatkan Felda !

PETALING JAYA: Aktivis generasi Felda, Mazlan Aliman tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika diwawancara mengenai kemelut yang melanda agensi kerajaan itu oleh sebuah saluran YouTube milik Amanah, Oren TV.
Dalam wawancara itu, Mazlan yang mengetuai Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) melahirkan rasa sedih dengan skandal yang berlaku mutakhir ini dan merayu warga Felda, insaflah dengan apa yang berlaku.
Mazlan berkata beliau sedih melihat nasib peneroka, terutama mereka yang sudah berusia terpaksa berdepan dengan kesan buruk akibat pentadbiran yang terlalu mengejar keuntungan poket sendiri.
“Saya tiada apa-apa kepentingan… Sebagai anak peneroka, kasih dan sayang saya kepada peneroka Felda, saya merayu, berubahlah, demi anak-anak kita yang sedang membesar,” katanya sambil menitiskan air mata di akhir wawancara selama lebh sejam itu.
“Jika kita hancurkan Felda, bererti kita telah membawa malapetaka kepada mereka yang hidup akan datang,” katanya.
Semalam, Mazlan dan beberapa peneroka Felda berkunjung ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan keputusan membersihkan Felda daripada salah laku rasuah.
Ia susulan laporan Berita Harian yang Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik bernilai RM270 juta itu, susulan urusan pindah milik tanah yang mencurigakan pada 2015.
Polis berkata pasukan khas sedang menyiasat kes Felda kehilangan hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang dipercayai mempunyai nilai pasaran beratus juta ringgit.
Mazlan, 51, berkata beliau sudah 30 tahun menyusuri isu Felda dan kini hanya mahu agensi itu “kembali ke landasan yang betul”.
“Siapa pun yang pegang, bagi saya walaupun orang ini orang politik, biarlah dia orang politik yang bersih, ada integriti dan paling penting ada keazaman politik yang kuat untuk buat perubahan,” katanya menahan sebak.
Katanya, jika Felda ditadbir oleh mereka yang berintegriti, kegemilangannya akan kembali seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Tapi kalau kita fikirkan wang, fikirkan aset Felda untuk buat duit, kita bersama golongan kapitalis ambil kesempatan daripada keringat orang kampung, penyudahnya menyedihkan.” #sumber


Thus Article Presiden ANAK, "Mazlan Aliman" Menangis Rayu Selamatkan Felda !

Itulah artikel Presiden ANAK, "Mazlan Aliman" Menangis Rayu Selamatkan Felda ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Presiden ANAK, "Mazlan Aliman" Menangis Rayu Selamatkan Felda ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/presiden-anak-mazlan-aliman-menangis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Presiden ANAK, "Mazlan Aliman" Menangis Rayu Selamatkan Felda !"

Catat Ulasan

Loading...