Loading...
Tajuk : Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian
link : Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian
Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian
THE MALAYSAN TIMES
PARIT: Seorang pemandu lori dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu lori secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga sekeluarga pada minggu lepas.
Tertuduh Syakirul Nazif Amrah, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.
Dia didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang pegawai kanan Exco, Ahmad Nor Al-Zaidin Ahmad Azzudin, 35; isteri, Nor Haslina Abdul Razak, 27; dan adiknya, Nor Azira Ahmad Azzudin, 24, di Km35 Jalan Bota Kanan-Teluk Intan pada, kira-kira 6.30 pagi. 13 Dis lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.
Peguam Harbans Kaur daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengenakan jaminan RM2,000 kerana anak guamnya hanya memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan selain perlu menanggung ibu serta seorang adik.
Mohd Fitri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan lesen memandu tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 17 Jan depan untuk sebutan semula kes.
Ahmad Nor Al-Zaidin merupakan pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharudin.– Bernama
Thus Article Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian
Itulah artikel Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/pemandu-lori-didakwa-pandu-melulu.html
0 Response to "Pemandu lori didakwa pandu melulu sebabkan kematian"
Catat Ulasan