Loading...
Tajuk : PAS kemuka 10% calon bukan Islam di Pahang
link : PAS kemuka 10% calon bukan Islam di Pahang
PAS kemuka 10% calon bukan Islam di Pahang
PAS Pahang yakin menawan kawasan majoriti Melayu walau tanpa kerjasama dengan pembangkang lain.
TEMERLOH: PAS akan meletakkan 10% calon bukan Islam untuk bertanding di kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar.
Menurutnya, calon akan dipilih dari kalangan Dewan Himpunan Penyokong PAS.
“Untuk peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) pula, bergantung pada keadaan semasa,” katanya selepas Mesyuarat PAS Pahang di di sini.
Beliau berkata PAS Pahang juga memutuskan untuk bertanding di sekurang-kurangnya 38 DUN dan 13 kerusi parlimen pada PRU14 nanti.
“Kita telah mengenal pasti calon yang bakal bertanding dengan pelbagai latar belakang termasuk aktivis masyarakat, profesional dan golongan agamawan. Sebanyak 40% merupakan golongan muda dan 10% lagi merupakan calon muslimat,” katanya.
Rosli berkata pihaknya yakin menawan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu meskipun tanpa kerjasama parti pembangkang lain bersandarkan sokongan 200 badan bukan kerajaan di bawah gabungannya, Gagasan Sejahtera.
PAS kini menyandang 2 kerusi DUN di Pahang, iaitu Tanjung Lumpur dan Beserah, serta satu kawasan Parlimen iaitu Temerloh.
Satu lagi kerusi DUN dimenangi pada PRU13 iaitu Kuala Semantan kini berubah kepada Amanah selepas penyandangnya Syed Hamid Syed Mohamed keluar PAS.
Thus Article PAS kemuka 10% calon bukan Islam di Pahang
Itulah artikel PAS kemuka 10% calon bukan Islam di Pahang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PAS kemuka 10% calon bukan Islam di Pahang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/pas-kemuka-10-calon-bukan-islam-di.html
0 Response to "PAS kemuka 10% calon bukan Islam di Pahang"
Catat Ulasan