Loading...

Mazlan: "Isu Tanah Felda", Najib Perlu Bertanggungjawab Lantik Isa !

Loading...
Mazlan: "Isu Tanah Felda", Najib Perlu Bertanggungjawab Lantik Isa ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mazlan: "Isu Tanah Felda", Najib Perlu Bertanggungjawab Lantik Isa !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mazlan: "Isu Tanah Felda", Najib Perlu Bertanggungjawab Lantik Isa !
link : Mazlan: "Isu Tanah Felda", Najib Perlu Bertanggungjawab Lantik Isa !

Baca juga


Mazlan: "Isu Tanah Felda", Najib Perlu Bertanggungjawab Lantik Isa !

PETALING JAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mahu Perdana Menteri memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas kehilangan tanah milik Felda di Jalan Semarak.
Presiden ANAK, Mazlan Aliman berkata, pemindahan hak milik tanah di Jalan Semarak itu berlaku ketika Tan Sri Isa Samad yang dilantik Datuk Seri Najib Razak mengetuai Felda.
“Saya yakin kemungkinan Isa akan ditahan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan. Di sebalik tanggapan kita mengenai Isa, Najib tidak boleh melepaskan diri. Beliaulah yang melantik Isa, meskipun dibantah banyak pihak.
“Konsep ‘pertanggungjawaban bersama’ dengan erti kata lain, tidak harus Isa sahaja yang dipersalahkan. Maaf Najib, anda bertanggungjawab atas malapetaka besar yang melanda Felda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Isa dilantik sebagai pengerusi Felda mulai 1 Januari 2011 hingga Januari 2017; pengerusi FGV mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu serta pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017.
Jumaat lalu, polis mengumumkan penubuhan pasukan khas pada 13 Disember lalu untuk menyiasat kes Felda kehilangan hak ke atas tanahnya di Jalan Semarak dan akan memanggil Isa bagi membantu siasatan itu.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan, iaitu penipuan serta pemalsuan dokumen.
Berita Harian sebelum ini melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik bernilai RM270 juta itu, susulan urusan pindah milik tanah yang mencurigakan pada 2015.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata, selain Najib, beliau yakin Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim juga tahu perancangan pembangunan tanah di Jalan Semarak.
“Sebahagian ahli lembaga pengarah Felda ketika ini adalah orang yang sama terlibat ‘menganugerahkan’ tanah di Jalan Semarak untuk dimajukan.
“Dakwaan penipuan dan pecah amanah yang dikaitkan dengan tanah di Jalan Semarak boleh dielakkan, sekiranya Razali, ahli lembaga pengarah Felda menghalangnya dari awal.”
Beliau turut simpati dengan nasib Pengerusi Felda sekarang, Tan Sri Shahrir Samad yang terpaksa menyelesaikan masalah ditinggalkan pimimpin dahulu. #sumber


Thus Article Mazlan: "Isu Tanah Felda", Najib Perlu Bertanggungjawab Lantik Isa !

Itulah artikel Mazlan: "Isu Tanah Felda", Najib Perlu Bertanggungjawab Lantik Isa ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mazlan: "Isu Tanah Felda", Najib Perlu Bertanggungjawab Lantik Isa ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/mazlan-isu-tanah-felda-najib-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mazlan: "Isu Tanah Felda", Najib Perlu Bertanggungjawab Lantik Isa !"

Catat Ulasan

Loading...