Loading...

Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN

Loading...
Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN
link : Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN

Baca juga


Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN

 
Musa Hassan berkata tahanan ISA juga bukan tahanan politik.


Musa-Hassan-Anwar

PETALING JAYA: Bekas ketua polis negara hari ini menepis anggapan yang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tahanan politik, sambil berkata Malaysia tidak pernah ada tahanan seperti itu.

Tan Sri Musa Hassan turut membandingkan ketua umum PKR itu dengan nasib dialami pemimpin Myanmar, Aung San Syuu Kyi, tidak lama dulu.

“Di Myanmar, Aung San Syuu Kyi dulu tahanan politik dia tak boleh keluar rumah langsung, dia tidak boleh terlibat dengan politik,” katanya pada sidang akhbar hari ini, mengulas gesaan peguam hak asasi dan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Anwar dibebaskan.

Malah, Musa berkata Malaysia tidak pernah ada tahanan politik walaupun sebelum ini kerajaan pernah membuat tangkapan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Bagi saya, di Malaysia ini tak ada tahanan politik kerana setiap orang yang ditahan ataupun dipenjarakan menjalani proses perbicaraan.

“Kalau dulu ada ISA pun, orang yang ditahan itu tadi boleh membuat rayuan di mahkamah untuk cabar penahanan dia,” katanya.

Menurutnya, bekas tahanan ISA di Malaysia boleh menyertai politik.

“Mereka boleh menang pilihan raya boleh jadi menteri, boleh jadi ketua dan macam-macam lagi,” kata.

Semalam Dr Mahathir dan Motley dalam kenyataan bersama menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.

“Kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan permintaan kami dengan serius dan demi keadilan dan hubungan antarabangsa Malaysia,” kata mereka.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun selepas disabitkan dengan pertuduhan liwat.

Beliau bagaimanapun menafikannya dan berkata ia sebahagian daripada konspirasi politik menjatuhkannya.



Thus Article Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN

Itulah artikel Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/malaysia-tak-pernah-ada-tahanan-politik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Malaysia tak pernah ada tahanan politik, kata bekas KPN"

Catat Ulasan

Loading...