Loading...

LIGA PERDANA: BURNLEY LAWAN LIVERPOOL

Loading...
LIGA PERDANA: BURNLEY LAWAN LIVERPOOL - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk LIGA PERDANA: BURNLEY LAWAN LIVERPOOL, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : LIGA PERDANA: BURNLEY LAWAN LIVERPOOL
link : LIGA PERDANA: BURNLEY LAWAN LIVERPOOL

Baca juga


LIGA PERDANA: BURNLEY LAWAN LIVERPOOL


Maaf semua terpaksa cuti bersiaran untuk persiapan persekolahan anak-anak. Walaupun begitu bro Awang Trasher sempat juga kemaskini untuk perlawanan dengan Musang. Sejak blog ni menyepi , Liverpool melakukan perpindahan paling mahal bagi pertahanan dalam dunia dengan beli Van Dijk dari Soton. Kita peminat Liverpool tak terkejut dengan berita ni. Tapi peminat lain yang lebih-lebih kan.

Sekarang nak dapat pemain hebat tak susah jika ada dana besar. Namun duit sahaja tak cukup. Pasal apa tak cukup. Tengok kes Keita dan van Dijk sendiri. Keita sanggup tolak ke Barca dan Van Dijk taknak ke City demi nak bersama Klopp. Sebab apa abam kata sebab Klopp, bukan semestinya Liverpool,  kerna zaman Brendan dulu, bukan tadak duit tapi bintang ternama dan pemain yang ada potensi tak hingin nak datang Liverpool sebab Brendan. Kes Sanchez yang melencong ke Arsenal bagi contoh.

Pembelian Van Dijk mungkin nampak mahal dan harga melampau. Tetapi itulah hakikat bahawa nak pemain terbaik perlu harga juga melampau-lampau. Zaman nak dapat pemain berbaloi macam Hyppia dah berlalu. Segenap penjuru dunia dah ada pemantau bakat dari kelab besar-besar. Jadi takkan ada peluang nak dapat pemain bagus, murah yang pasukan lain terlepas pandang. Kalau nak dapat macam Klavan boleh lah dapat kat mana-mana, tetapi kebolehan sangat terbatas.

Satu lagi dari segi moralnya bagi abam Liverpool wajib beli Van Dijk tanpa kira kos. Bukan sebab apa, awal musim kita dah buat palat kat pihak Van Dijk sendiri dengan cara bodoh pergi bertemu Van Dijk tanpa kebenaran kelab. Macam kita nak anak orang, pergi bertunang sarung cincin macam cerita Mat Salleh senyap-senyap tak bagitahu makbapak. Dah kantoi, sapa yang tak marahkan. Dah tu pula, kena gertak terus tak jadi nak ambil.

Berbalik dengan perlawanan dengan Burnley esok malam. Setiap musim Liverpool akan cipta satu pasukan badi. Musim lepas Leicester City. Dan badi itu dah berpindah dan sekarang Burnley dah ambil alih. Burnley mungin tak sehebat pasukan Leicester yang menang liga, tetapi mungkin sedikit kurang sahaja sebab pemain mereka langsung tak terkenal. Apa yang mereka mampu buat ialah tiru corak agresif dan lasak Leicester dan nah sekarang mereka bersaing dengan pasukan kelompok kejar slot Liga Juara-Juara.


Karius
Trent Matip Klavan Robertson
Ox Emre Gandum 
Mane Firmino Coutinho

Klopp mungkin terpaksa buat penggiliran sebab sela masa dari perlawanan dengan Leicseter tak sampia 2 hari. Tambahan plak ada berita Mat Salah adalah salah seorang pemain yang cedera dalam perlawanan lepas. Jadi Klopp mungkin akan rehatkan Salah dan tolak Coutinho kat Sayap kiri serta tempat kat tengah diambil Ox. Mat Gigi Gandum akan masuk ganti Milner sebab mustahil Klopp nak simpan Emre yang main tengah bertahan ganti Kapten Hendo.

Abam tengok kesilapan Matip memang punca gol pembukaan Leicester, sebab dia pergi buat hantaran kepada Emre. Pasukan kita terlalu suka nak main hantaran pendek dekat kawasan sendiri dalam situasi bahaya. Itulah nak salahkan Matip tak boleh juga dan begitu Emre yang kurang bersedia terima bola padahal dia pelindung untuk pertahanan. Ini kerana pasukan kita dah main cara camtu berjaya beratus-ratus kali dah dan hanya kantoi sekali. Memang nasib tak baik.

Sebab itulah kita tengok walaupun dah bolos tetap Matip tak panik nak buat hantaran camtu lagi, cuma pengajaran yang diambil beliau akan lebih berhati-hati dan fokus. Tenyata sampai habis perlawanan Leicester hanya dapat sebiji tu saja. Sebab itu abam tak rasa Matip bakal kena simpan jika Klopp nak guna Lovren untuk perlawanan lawan Burnley nanti. Namun jika ikut merit Klavan dah Ok cuma dia sekadar pemain simpanan tetap jika semua pemain utama cergas.

Burnley mungkin akan gunakan kesempatan main digelangang sendiri nak tunjuk lagak. Abam rasa jika Burnley main sebaik mana pun , mereka setakat harap seri. Apa yang menaikkan pasukan mereka kekedudukan sekarang ialah mereka sendiri jarang buat kesilapan bodoh, dan ambil peluang bila lawan main bodoh. Jadi perhatian rasanya bukan kepada serangan sangat. Burnley akan main padat susun bas dan serang balas. Jadi pertahanan kita akan tentukan samad 3 mata berharga akan dibawa pulang nanti.


Thus Article LIGA PERDANA: BURNLEY LAWAN LIVERPOOL

Itulah artikel LIGA PERDANA: BURNLEY LAWAN LIVERPOOL Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel LIGA PERDANA: BURNLEY LAWAN LIVERPOOL dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/liga-perdana-burnley-lawan-liverpool.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "LIGA PERDANA: BURNLEY LAWAN LIVERPOOL"

Catat Ulasan

Loading...