Loading...

Hishammuddin: Keperluan buka kedutaan besar Malaysia di Palestin akan dibincang

Loading...
Hishammuddin: Keperluan buka kedutaan besar Malaysia di Palestin akan dibincang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hishammuddin: Keperluan buka kedutaan besar Malaysia di Palestin akan dibincang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hishammuddin: Keperluan buka kedutaan besar Malaysia di Palestin akan dibincang
link : Hishammuddin: Keperluan buka kedutaan besar Malaysia di Palestin akan dibincang

Baca juga


Hishammuddin: Keperluan buka kedutaan besar Malaysia di Palestin akan dibincang

 
Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini yang merupakan mesyuarat terakhir bagi tahun ini belum membincangkan perkara itu.


Hishammuddin-Keperluan-buka-kedutaan

KUALA LUMPUR: Keperluan Malaysia buka kedutaan besar di Palestin dijangka dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin yang juga menteri tugas-tugas khas berkata pandangan jemaah menteri serta pihak lain terutamanya dari aspek ekonomi dan keselamatan, perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini, yang merupakan mesyuarat terakhir bagi tahun ini, belum membincangkan perkara itu.

“Tunggu PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) balik dahulu (dari lawatan rasmi ke beberapa negara). Ini akan jadi agenda 2018,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Turki membuka kedutaannya di Baitulmaqdis bagi mengiktiraf kota suci itu sebagai ibu negara Palestin.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata semua pihak termasuk parti pembangkang perlu menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis di Masjid Putra, Putrajaya pada Jumaat ini memandangkan isu Palestin sepatutnya merentasi pertimbangan politik.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata 250 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk NGO bukan Islam serta parti politik akan menyertai himpunan itu yang turut dihadiri Najib serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Himpunan itu diadakan bagi membantah keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang menimbulkan kemarahan dan kutukan masyarakat Islam seluruh dunia.



Thus Article Hishammuddin: Keperluan buka kedutaan besar Malaysia di Palestin akan dibincang

Itulah artikel Hishammuddin: Keperluan buka kedutaan besar Malaysia di Palestin akan dibincang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hishammuddin: Keperluan buka kedutaan besar Malaysia di Palestin akan dibincang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/hishammuddin-keperluan-buka-kedutaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hishammuddin: Keperluan buka kedutaan besar Malaysia di Palestin akan dibincang"

Catat Ulasan

Loading...