Loading...

Doktor Didakwa, Terpotong Zakar Kanak-Kanak

Loading...
Doktor Didakwa, Terpotong Zakar Kanak-Kanak - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Doktor Didakwa, Terpotong Zakar Kanak-Kanak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Doktor Didakwa, Terpotong Zakar Kanak-Kanak
link : Doktor Didakwa, Terpotong Zakar Kanak-Kanak

Baca juga


Doktor Didakwa, Terpotong Zakar Kanak-Kanak


KAJANG – Seorang doktor yang dikaitkan dengan kes terpotong bahagian kepala zakar seorang kanak-kanak lelaki ketika melakukan proses berkhatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan, termasuk mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa, tahun lepas.

Dr. Azahari Hashim, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.

Bagi pertuduhan pertama, Dr. Azahari didakwa secara cuai mendatangkan kecederaan parah terhadap kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bapa empat anak itu juga dituduh menjalankan klinik perubatan swasta yang tidak berdaftar mengikut Seksyen 4 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa tidak mempunyai Sijil Amalan Perubatan yang sah mengikut Seksyen 33 Akta Perubatan 1971 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 35 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000, jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah klinik di No. 6, Jalan CU 15/B, Taman Cheras Utama, Hulu Langat, dekat sini, pada 8.15 malam, 20 Disember 2016.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Al Sabri Ahmad Kabri memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah.

“Semenjak klinik seliaannya ditutup selepas kes tersebut berlaku, beliau tidak mempunyai pendapatan yang tetap,” katanya.

Mahkamah membenar tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 26 Januari untuk sebutan kes. Adik lelaki tertuduh membayar wang jaminan itu.

Media sebelum ini melaporkan kejadian seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai terpotong bahagian kepala kemaluannya semasa proses berkhatan menggunakan kaedah laser. – BERNAMA


Thus Article Doktor Didakwa, Terpotong Zakar Kanak-Kanak

Itulah artikel Doktor Didakwa, Terpotong Zakar Kanak-Kanak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Doktor Didakwa, Terpotong Zakar Kanak-Kanak dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/doktor-didakwa-terpotong-zakar-kanak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Doktor Didakwa, Terpotong Zakar Kanak-Kanak"

Catat Ulasan

Loading...