Loading...
Tajuk : Apakah kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan Radioiodine (RAI).
link : Apakah kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan Radioiodine (RAI).
Apakah kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan Radioiodine (RAI).
Apakah kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan Radioiodine (RAI). | Assalamualaikum wbt. Sebagai salah seorang pesakit kanser tiroid, rasanya mereka dah biasa kot dengar rawatan Radioiodin (RAI) ni. Radioiodine merupakan pengambilan cecair iodin yang beradioaktif. Ada beberapa sebab mengapa doktor menyarankan seseorang itu melakukan rawatan radioiodin adalah menurunkan hormon tiroid yang tinggi bagi hyperthyroid. Selain itu, ia jugak dilakukan untuk mengesan, membunuh dan menghalang sel-sel kanser tiroid dari merebak, di samping ia jugak berfungsi untuk mengecutkan bengkak tiroid tapi bengkak dari jenis yang tertentu saja. Bagi mereka yang mengambil carbimazole lebih dari dua tahun tapi hormon tiroid turun naik tak pernah stabil jugak disarankan melakukan rawatan ini.
Pada yang tak tau, rawatan ini merupakan kaedah rawatan yang selamat dan berkesan. Tapi, bagi cikla tak kira dos tinggi atau rendah semestinya kita kena menitikberatkan faktor keselamatan selepas meminumnya sebab iodin yang diminum tu menghasilkan radiasi dan amat berbahaya untuk mereka yang sihat. Ini kerana, selepas mengambil RAI ni, seseorang pesakit itu perlu dikuarantin selama 8 hari. Biasanya, untuk kanser tiroid dos permulaan adalah tinggi dan perlu admit di ward selama 4 - 5 hari. Selepas itu, mereka perlu menyambung kuarantin di rumah untuk cukupkan 8 hari tempoh kuarantin. Kalau ada anak kecil, sebaiknya tempoh kuarantin ditambah beberapa hari lagi sebagai langkah berjaga-jaga.
So, ada kesan ke bila minum iodin ni? Mestilah ada kan, lebih-lebih yang first time. Nak tau? Jom baca apa yang cikla nak share ni...
Apakah kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan Radioiodine (RAI).
Berikut merupakan kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan radioiodin (RAI), iaitu :
- Rasa payau / hilang selera makan / hilang deria rasa sementara / lidah rasa seperti tebal. Yang ni memamg cikla alaminya selepas beberapa hari habis tempoh kuarantin. Kiranya kesan lambat sikit berlaku pada cikla. Orang lain tak taulah, waallahualam.
- (Metallic taste in your mouth).
- Kawasan dalam mulut rasa kering.
- Sakit tekak. Yang ni pun cikla pernah alaminya.
- Sakit pada leher, (RAI) Radioiodine boleh buatkan leher anda membengkak atau sakit.
- Rasa loya atau muntah, tapi tak teruk.
- Mengalami sembelit atau cirit birit.
- Keletihan.
- Tahap hormon tiroid yang luarbiasa rendah (Hypothyroidsm)/tahap hormon tiroid yg luarbiasa tinggi (Hyperthyroidsm).
- Kalau korang mengidap ‘Tiroid Mata’ (Thyroid Eye Disease/Grave’s Ophthalmopathy) ia akan menjadi lebih teruk (tapi sementara je) selepas ambik (RAI) Radioiodine.
Tambahan kesan yang berlaku pada cikla, cikla mengalami bengkak kelenjar liur tapi takdelah serius sangat. Kena pun lepas beberapa hari habis tempoh kuarantin. Mungkin masa lepas minum tu cikla kurang makan yang masam-masam. Sebab, ia penting untuk merembeskan air liur supaya radiasi mudah disingkirkan.
Semoga bermanfaat pada yang memerlukan.
Translate from : https://www.webmd.com
Thus Article Apakah kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan Radioiodine (RAI).
Itulah artikel Apakah kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan Radioiodine (RAI). Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Apakah kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan Radioiodine (RAI). dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/12/apakah-kesan-kesan-yang-mungkin-berlaku.html
0 Response to "Apakah kesan-kesan yang mungkin berlaku selepas pengambilan Radioiodine (RAI)."
Catat Ulasan