Loading...

Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah

Loading...
Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah
link : Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah

Baca juga


Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah


GIZZERIA (Itali) – Polis Itali menyelamatkan seorang wanita Romania yang hidup dalam penderitaan apabila dikurung serta diseksa selama 10 tahun di sebuah bilik bawah tanah berhampiran bandar Gizzeria, selatan Itali.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu dikatakan tiba di Itali ketika berusia 19 tahun untuk menjaga seorang wanita warga emas, lapor akhbar tempatan, La Repubblica.

Bagaimanapun, sejak kematian jagaannya itu, anak lelaki warga emas berkenaan mula mendera mangsa yang kemudian dikurung di beberapa apartmen sebelum dibawa ke bilik bawah tanah itu.

Mangsa dirantai pada katilnya selain dirogol berkali-kali oleh suspek yang kini berusia 50 tahun sehingga mempunyai dua anak berusia tiga dan sembilan tahun, kata pihak berkuasa.

Suspek turut memaksa anak lelaki berusia sembilan tahun itu menyeksa mangsa.

Kejadian itu berjaya dikesan selepas polis melihat kanak-kanak lelaki itu dihantar ke sekolah dalam keadaan tidak terurus sebelum melawat rumah mereka.

Gambar yang didedahkan polis di media sosial menunjukkan keadaan bilik bawah tanah tempat mangsa dikurung yang dipenuhi sampah, kotak buruk selain makanan luput tarikh serta roti berkulat.

Selain itu, tempat tidur mangsa juga hanya dibuat daripada kotak buruk manakala sebuah tong sampah dijadikan tempat membuang air.

Mangsa diseksa setiap hari dengan ditumbuk selain luka akibat kecederaan daripada tali pancing namun langsung tidak diberikan sebarang rawatan.

“Lelaki terbabit didakwa atas kesalahan menganiaya keluarga, perhambaan dan keganasan seksual,” kata polis. – Agensi/myMetro Online



Thus Article Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah

Itulah artikel Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/wanita-dikurung-10-tahun-bawah-tanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wanita Dikurung 10 Tahun Bawah Tanah"

Catat Ulasan

Loading...