Loading...

Video: Ditumbuk Depan Premis Adidas KLCC

Loading...
Video: Ditumbuk Depan Premis Adidas KLCC - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Video: Ditumbuk Depan Premis Adidas KLCC, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Video: Ditumbuk Depan Premis Adidas KLCC
link : Video: Ditumbuk Depan Premis Adidas KLCC

Baca juga


Video: Ditumbuk Depan Premis Adidas KLCC


JENAMA produk sukan terkenal Adidas baru-baru ini melancarkan model ‘sneakers’ edisi terhad iaitu Adidas NMD Hu Trail Pharrel Williams pada 11 November lepas.

Hanya cawangan yang terpilih sahaja difahamkan menerima beberapa pasang model khas tersebut, termasuklah butik Adidas Original di pusat beli-belah Suria KLCC di ibu negara.

Semestinya para pengumpul barangan sukan berprestij itu akan berpusu-pusu menyerbu untuk mendapatkan sepasang kasut yang dikatakan berharga dalam lingkungan RM900 ini.

Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila berlaku satu insiden pergaduhan di antara dua lelaki di cawangan Adidas KLCC itu gara-gara berebut giliran untuk mendapatkan kasut idaman terbabit.

Menerusi rakaman video berdurasi 51 saat, seorang pemuda pada mulanya dilihat meluahkan rasa tidak puas hati kepada individu yang memakai topi dengan condong ke belakang, dipercayai kerana memotong gilirannya.


Pada mulanya mereka hanya bertikam lidah hinggalah lelaki itu secara tiba-tiba menghayunkan satu tumbukan curi tepat ke muka pemuda terbabit.

“Bro, tidak ada penggunaan ‘name list‘ untuk Adidas… Come on, dah dua tahun aku beratur tak pakai pun list-list ni, dari jam 2 pagi aku tunggu dekat luar,” kata pemuda berkenaan.

Pemuda yang jatuh itu kemudian cuba dileraikan orang ramai namun segelintir daripada mereka melakukan ‘pukul curi’ kepada mangsa yang dikerumuni.

Menurut maklumat netizen, mangsa ditumbuk itu berada di pihak yang benar kerana dia hanya menerangkan perkara yang sebenar bagi menyelasaikan segala salah faham.

Pihak pengurusan Adidas KLCC sendiri telah menetapkan konsep first come first served untuk pembeli yang menunggu giliran di luar pintu, namun muncul pula satu ‘list’ lain yang ditetapkan sendiri oleh beberapa individu.

Sehingga kini, rakaman insiden terbabit mengundang kecaman malah ada yang menyifatkan ‘terlalu malu’ melihat sikap remaja berkenaan yang sanggup guna kekerasan bagi mendapatkan apa yang dingininya. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Video: Ditumbuk Depan Premis Adidas KLCC

Itulah artikel Video: Ditumbuk Depan Premis Adidas KLCC Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Video: Ditumbuk Depan Premis Adidas KLCC dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/video-ditumbuk-depan-premis-adidas-klcc.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Video: Ditumbuk Depan Premis Adidas KLCC"

Catat Ulasan

Loading...