Loading...

Video banjir Kelantan, 1,729 dipindahkan

Loading...
Video banjir Kelantan, 1,729 dipindahkan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Video banjir Kelantan, 1,729 dipindahkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Video banjir Kelantan, 1,729 dipindahkan
link : Video banjir Kelantan, 1,729 dipindahkan

Baca juga


Video banjir Kelantan, 1,729 dipindahkan



Gelombang pertama banjir di Kelantan bertambah buruk apabila 1,729 mangsa dipindahkan sehingga 8 pagi ini berbanding 1,078 orang malam tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi membabitkan 624 mangsa daripada 176 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, manakala di Pasir Mas, 417 mangsa daripada 125 keluarga dipindahkan ke 11 PPS.

Hujan kadangkala lebat yang berterusan sejak malam tadi itu juga menyaksikan 274 mangsa daripada 89 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Pasir Puteh dan 189 daripada 50 keluarga lagi ditempatkan di tiga PPS di Machang.

Selain itu, seramai 138 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di lima PPS di Tanah Merah, 81 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Bachok dan enam mangsa daripada dua keluarga di sebuah PPS di Kuala Krai.

Dalam pada itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras bahaya dan semakin meningkat kepada 10.06 meter pada 7 pagi tadi berbanding 9.68 meter pada 9 malam tadi (paras bahaya 9 meter).


Thus Article Video banjir Kelantan, 1,729 dipindahkan

Itulah artikel Video banjir Kelantan, 1,729 dipindahkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Video banjir Kelantan, 1,729 dipindahkan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/video-banjir-kelantan-1729-dipindahkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Video banjir Kelantan, 1,729 dipindahkan"

Catat Ulasan

Loading...