Loading...

Video: Apabila Pelajar IPT ‘Parking’ Kereta…

Loading...
Video: Apabila Pelajar IPT ‘Parking’ Kereta… - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Video: Apabila Pelajar IPT ‘Parking’ Kereta…, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Video: Apabila Pelajar IPT ‘Parking’ Kereta…
link : Video: Apabila Pelajar IPT ‘Parking’ Kereta…

Baca juga


Video: Apabila Pelajar IPT ‘Parking’ Kereta…


SIAPA sahaja tidak geram dan marah apabila mengetahui kenderaan yang diparkir telah dihalang oleh kenderaan lain yang diletakkan secara bertindih.

Begitulah situasi yang dialami oleh seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi ini apabila kenderaannya telah ditindih dalam kejadian pagi semalam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

“Kebabian apakah ini? Parking tiga layer. Bodohnya masyarakat, belajar tinggi-tinggi kat universiti,” kata Amirul Azman menerusi video yang dimuat naik dalam laman Twitter.


Lebih parah, menurut Amirul, pemilik kenderaan yang menghalang laluan mereka itu pula langsung tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Ini membuatkan dia mengambil keputusan untuk meninggalkan sepucuk surat layang sebagai tanda ‘kebijaksanaan’ pelajar-pelajar yang menghalang kenderaannya.


Difahamkan, Amirul dan rakan-rakannya hanya dapat keluar dari kawasan tempat letak kereta itu pada sebelah petang dan mujur juga, mereka mempunyai kelas kuliah pada petang itu.

Bagaimanapun di ruangan komen, tampil seorang pemilik kenderaan yang menerima ‘surat layang’ daripada Amirul dan rakan-rakan itu.

“Salam. Tapi kereta saya parking row depan kenapa dapat surat layang gak eh? Tutup salam #sispelik,” soal Azreensya.


Wanita terbabit berasa pelik dan sedikit keliru ekoran kenderaannya dipersalahkan sedangkan dia memakirkan kenderaannya di bahagian depan.

Pada pemerhatian kami, mungkin surat terbabit yang asalnya diletakkan pada kenderaan menghalang laluan telah diubah oleh individu lain.

Sementara itu, pengguna Twitter, Miera Zainuddin memberitahu kawasan tempat letak kereta ditunjukkan dalam video sememangnya merupakan parkir khas untuk pelajar, namun rata-ratanya bersikap ambil mudah.

“Ni memang tempat khas parkir pelajar sahaja, so memang kadang-kadang wujud kebodohan semasa parking. Hahaha! Belum tengok lagi parking yang redha bumpernak kena sagat,” katanya.

Manakala majoriti pengguna Twitter lain mengecam teruk mentaliti segelintir pelajar berkenaan yang kononnya ‘bijak pandai’ namun hakikatnya mementingkan diri.

“Video ini mengajar kita yang belajar di universiti belum tentu menjamin yang kita ini pandai. Orang tak masuk universiti pun lagi pandai parking kereta,” tulis Fadli Alee.

“Inilah orang belajar tinggi-tinggi tapi tak apply kepandaian dalam everyday life,“ kata Afiq Muazam. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Video: Apabila Pelajar IPT ‘Parking’ Kereta…

Itulah artikel Video: Apabila Pelajar IPT ‘Parking’ Kereta… Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Video: Apabila Pelajar IPT ‘Parking’ Kereta… dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/video-apabila-pelajar-ipt-parking-kereta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Video: Apabila Pelajar IPT ‘Parking’ Kereta…"

Catat Ulasan

Loading...