Loading...

Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.

Loading...
Ujian biopsy untuk bengkak tiroid. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ujian biopsy untuk bengkak tiroid., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.
link : Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.

Baca juga


Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.

Ujian biopsy untuk bengkak tiroid. | Assalamualaikum wbt. Apabila seseorang pesakit tiroid itu mempunyai bengkak di bahagian hadapan leher iaitu di kelenjar tiroid, dia mesti melakukan ujian biopsy untuk menentukan sama ada bengkak tersebut adalah benign atau malignan (bahaya). Mungkin ada yang tak tau apakah itu kelenjar tiroid. Kalau korang nak tau dan kalau yang dah tau nak refresh balik, korang klik link di bawah ni...


Cikla ingat lagi, dulu sebelum cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy untuk membuang kedua-dua belah kelenjar tiroid cikla ni, cikla memang ada buat ujian biopsy. Ujian biopsy dilakukan pada nodul sebelah kanan kelenjar tiroid cikla, yang sebelah kiri iaitu bengkak yang lebih besar (almost 5 cm) takde buat ujian ni pun. Hasil awal biopsy tu menunjukkan suspek kanser.

Allahu... Time dengar doktor cakap memang tergamam. So, nak tak nak memang cikla kena buat pembedahan buang kesemua tiroid jugak. Tapi, takpelah. Cikla redha dah. Ini ujian untuk cikla. Tapi, cikla syukur cikla sihat... Alhamdulillah. 

Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.

Sebenarnya, cikla nak share jenis-jenis biopsy yang mungkin akan dijalankan ke atas seseorang pesakit yang mempunyai bengkak dilehernya. Kalau korang nak tau, bukan untuk bengkak tiroid je biopsy ni, tapi untuk penyakit lain pun ada menggunakan ujian ni, contohnya untuk mengesan kanser payudara dan lyphoma (betulkan kalau cikla salah).

Apakah jenis-jenis ujian biopsy untuk bengkak tiroid?


Menurut Prof. Rohaizak Muhammad, pakar endokrin dan payudara PPUKM, biopsy sebenarnya adalah dalam banyak bentuk. Antaranya adalah, cara pertama adalah dengan menggunakan jarum halus iaitu FNAC (Fine Needle Aspiration Cytology) yang mana jarum halus tersebut akan dicucuk pada bengkak bagi mengambil sampel dari bengkak tersebut untuk diuji. Kadang-kadang, ia dikenali sebagai FNA atau FNAB (Fine Needle Aspiration atau Fine Needle Aspiration Biopsy).

Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.
Ujian biopsy untuk bengkak tiroid. Kredit Google. 

Cara kedua untuk tisu diambil adalah dengan cara yang lebih besar iaitu core biopsy. Ia biasanya adalah dengan menyuntik sedikit ubat bius pada kulit. Akan tetapi, cara ni jarang dilakukan untuk tiroid tapi mungkin dilakukan untuk bengkak kelenjar. Cara ketiga ialah biopsy secara pembedahan iaitu dengan membuang sebahagian dari bengkak incision biopsy dan cara ni juga jarang dilakukkan.

Tapi, kalau semua cara yang disebutkan di atas tak berjaya memberi diagnosis yang conclusive, doktor akan melakukan kaedah membuang kelenjar atau bengkak tiroid untuk  menentukan kanser atau tidak melalui cara keempat, iaitu dengan melakukan kaedah sama ada excision biopsy, lobectomy atau hemithyroidectomy.

Untuk pengetahuan korang, cara biopsy 1 dan 2 dilakukan supaya kanser dapat dikesan dan didiagnos lebih awal. So, nanti pembedahan hanya sekali saja, iaitu membuang kedua-dua kelenjar tiroid sekaligus. Untuk cara biopsy 3 dan 4, katakanlah selepas pembedahan didapati ada kanser, pesakit kena melakukan pembedahan sekali lagi untuk membuang semua tiroid.

Semoga info ini memberi manfaat dan sedikit ilmu pass yang memerlukan.



Thus Article Ujian biopsy untuk bengkak tiroid.

Itulah artikel Ujian biopsy untuk bengkak tiroid. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ujian biopsy untuk bengkak tiroid. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/ujian-biopsy-untuk-bengkak-tiroid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ujian biopsy untuk bengkak tiroid."

Catat Ulasan

Loading...