Loading...
Tajuk : Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah
link : Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah
Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah
ANTARAPOSKOTA BHARU: Sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka ditemukan mati manakala seorang lagi cedera parah akibat ditikam dengan pisau dan dihentak dengan tukul di sebuah rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, di sini petang ini.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Kha Eng Ni, 42; isterinya Chua Joo Seok, 37 dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.
Sementara itu, anak perempuan mereka Kha Xing Rhuu, 15 cedera parah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Din Ahmad berkata, pihak polis menerima maklumat tentang kejadian itu daripada jiran mangsa pada pukul 2.30 petang tadi.
“Berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku sekitar pukul 1.30 petang hingga 2.30 petang.
“Suspek dipercayai pekerja pasangan suami isteri itu sendiri yang menjalankan perniagaan perkakas rumah. Suspek lelaki itu kini menghilangkan diri dengan van kecil milik mangsa,” katanya ketika ditemui hari ini.
Thus Article Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah
Itulah artikel Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/tiga-sekeluarga-mati-dibunuh-seorang.html
0 Response to "Tiga sekeluarga mati dibunuh, seorang parah"
Catat Ulasan