Loading...

Raja Bahrin dakwa ‘godfather’ lindungi sindiket nelayan asing

Loading...
Raja Bahrin dakwa ‘godfather’ lindungi sindiket nelayan asing - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Raja Bahrin dakwa ‘godfather’ lindungi sindiket nelayan asing, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Raja Bahrin dakwa ‘godfather’ lindungi sindiket nelayan asing
link : Raja Bahrin dakwa ‘godfather’ lindungi sindiket nelayan asing

Baca juga


Raja Bahrin dakwa ‘godfather’ lindungi sindiket nelayan asing

 
Pengerusi Amanah Terengganu itu percaya 'pihak atasan' terbabit dalam sindiket itu masih bebas dan mereka yang ditahan sekadar 'ikan bilis'.


Rajaj-Bahrin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah mendakwa ada “godfather” yang melindungi dan membawa masuk nelayan asing ke negara ini.

Pengerusi Amanah Terengganu itu percaya “pihak atasan” terbabit dalam sindiket itu masih bebas dan mereka yang ditahan sekadar “ikan bilis”.

“Sindiket sebegini sudah lama berakar umbi di Malaysia dan mempunyai ‘godfather’ yang berpengaruh serta berkedudukan tinggi,” katanya pada sidang media di luar Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengulas laporan 10 anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sabah, Sarawak, Pahang dan Terengganu kerana disyaki terbabit dalam sindiket membawa masuk nelayan asing.

Seorang wanita Vietnam bergelar “Datuk” turut ditahan dengan wang tunai RM1.9 juta dirampas dan 44 akaun bank berjumlah RM2 juta dibekukan.

Mengulas lanjut, Raja Bahrin bagaimanapun tidak percaya individu yang ditahan sebelum ini mampu mengetuai sindiket berkenaan secara bersendirian tanpa bantuan “pihak atasan”.

“Ini disebabkan mereka (nelayan asing) mampu menawarkan rasuah setinggi RM100,000 kepada penguatkuasa maritim adalah bukti orang atas yang kaya membiayai sindiket ini.

“Juga, bagaimana seorang wanita warga Vietnam bergelar Datuk ini boleh dapat gelaran? Ini menunjukkan dia mempunyai pengaruh di peringkat tertinggi.

“Bagaimana nelayan haram dari Vietnam ini boleh mengetahui dan mengelak tangkapan sebaik sahaja nelayan tempatan membuat aduan. Ini menunjukkan kebocoran maklumat,” katanya.

Bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, negara mengalami kehilangan hasil laut sebanyak 980,000 tan metrik bernilai RM3 bilion hingga RM6 bilion setahun akibat pencerobohan nelayan asing.

Beliau berkata, dianggarkan 50% ikan yang ditangkap di perairan negara didaratkan di Malaysia dan selebihnya yang tidak dilaporkan bermakna berlaku pencerobohan nelayan asing mencuri hasil laut negara.



Thus Article Raja Bahrin dakwa ‘godfather’ lindungi sindiket nelayan asing

Itulah artikel Raja Bahrin dakwa ‘godfather’ lindungi sindiket nelayan asing Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Raja Bahrin dakwa ‘godfather’ lindungi sindiket nelayan asing dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/raja-bahrin-dakwa-godfather-lindungi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Raja Bahrin dakwa ‘godfather’ lindungi sindiket nelayan asing"

Catat Ulasan

Loading...