Loading...

Pukul Rela: Kedah Nafi Kurniakan ‘Datuk Seri’

Loading...
Pukul Rela: Kedah Nafi Kurniakan ‘Datuk Seri’ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pukul Rela: Kedah Nafi Kurniakan ‘Datuk Seri’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pukul Rela: Kedah Nafi Kurniakan ‘Datuk Seri’
link : Pukul Rela: Kedah Nafi Kurniakan ‘Datuk Seri’

Baca juga


Pukul Rela: Kedah Nafi Kurniakan ‘Datuk Seri’


ALOR SETAR – Kedah tidak pernah menganugerahkan gelaran ‘Datuk Seri’ kepada individu yang didakwa baru-baru ini kerana memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), seperti yang dilaporkan media.

Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, ini kerana gelaran tersebut hanya dikurniakan secara terhad khas kepada kerabat diraja yang paling kanan, pembesar negeri dan individu yang banyak berjasa kepada negeri dan negara.

“Banyak pihak mengambil kesimpulan bahawa individu yang ditangkap tersebut adalah penerima ‘Datuk Seri’ daripada Tuanku Sultan Kedah.

“Sukacita saya maklumkan bahawa Kedah tidak pernah menganugerahkan gelaran ‘Datuk Seri’ kepada penama tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 3 November lepas, individu itu yang mendakwa ‘Datuk Seri’, Liow Soon Hee, 29, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi pertuduhan menyerang dan mencederakan tiga anggota Rela berkenaan, dibenar diikat jamin namun ditahan semula berhubung kes dadah.

Mengenai dakwaan bahawa individu terbabit memegang kad Ahli Kehormat Persatuan Kerabat Diraja Kedah, beliau memaklumkan bahawa persatuan itu telah dibatalkan pendaftarannya pada 2013 atas titah perintah almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menjadi Sultan Kedah ketika itu.

“Antara sebab pembatalan tersebut adalah pemberian keahlian kepada mereka yang bukan Ahli Kerabat Diraja negeri Kedah,” katanya. – BERNAMA


Thus Article Pukul Rela: Kedah Nafi Kurniakan ‘Datuk Seri’

Itulah artikel Pukul Rela: Kedah Nafi Kurniakan ‘Datuk Seri’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pukul Rela: Kedah Nafi Kurniakan ‘Datuk Seri’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/pukul-rela-kedah-nafi-kurniakan-datuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pukul Rela: Kedah Nafi Kurniakan ‘Datuk Seri’"

Catat Ulasan

Loading...