Loading...
Tajuk : Polis Siasat Kes Anggota Ganggu, Larikan Isteri Orang
link : Polis Siasat Kes Anggota Ganggu, Larikan Isteri Orang
Polis Siasat Kes Anggota Ganggu, Larikan Isteri Orang
IPOH – Polis Perak sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang anggotanya yang didakwa menganggu dan melarikan isteri orang seperti yang ditularkan menerusi laman media sosial baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima beberapa laporan polis yang dibuat oleh suami wanita berkenaan.
“Hasil daripada semakan yang dibuat, pihak polis juga ada menerima laporan polis daripada anggota polis berkenaan dan wanita yang dimaksudkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Gan berkata pihak polis telah membuat keputusan untuk menjalankan siasatan dalaman terlebih dahulu atas salah laku anggota polis tersebut dan sekiranya terbukti, tindakan akan diambil oleh jabatan berkenaan.
“Polis akan meneruskan siasatan sekiranya terdapat keterangan atau bukti jika sekiranya terdapat kesalahan jenayah dalam kes ini,” katanya.
Kes mengenai wanita dilarikan anggota polis berkenaan tular baru-baru ini selepas suami wanita tersebut meminta pertolongan orang ramai menerusi laman sosial Facebook untuk menghubunginya sekira terlihat wanita berkenaan. – BERNAMA
Thus Article Polis Siasat Kes Anggota Ganggu, Larikan Isteri Orang
Itulah artikel Polis Siasat Kes Anggota Ganggu, Larikan Isteri Orang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Polis Siasat Kes Anggota Ganggu, Larikan Isteri Orang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/polis-siasat-kes-anggota-ganggu-larikan.html
0 Response to "Polis Siasat Kes Anggota Ganggu, Larikan Isteri Orang"
Catat Ulasan