Loading...

Pelajar Antara 3 Didakwa Terbabit Aktiviti Militan

Loading...
Pelajar Antara 3 Didakwa Terbabit Aktiviti Militan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelajar Antara 3 Didakwa Terbabit Aktiviti Militan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelajar Antara 3 Didakwa Terbabit Aktiviti Militan
link : Pelajar Antara 3 Didakwa Terbabit Aktiviti Militan

Baca juga


Pelajar Antara 3 Didakwa Terbabit Aktiviti Militan


KOTA BHARU – Seorang pelajar Tingkatan Enam, seorang bekas tentera dan seorang buruh dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan terbabit dengan aktiviti militan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Hafizi Mat Jusoh, 19, Ahmad Azmi Ahmad Rosli, 25, dan Mahadi Ibrahim, 34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Muhammad Hafizi, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) esok, menghadapi lima pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa telah memberikan latihan melalui perbualan di WhatsApp “The Rise of Jundullah” dalam membuat bahan letupan kepada orang yang bersedia untuk melibatkan diri dalam perbuatan pengganas di Kota Bharu antara 9.07 malam hingga 10.28 malam pada 23 Sept 2017

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa memaparkan bahan berkaitan dengan kumpulan pengganas IS atau Daesh di dalam akaun Instagram miliknya bernama “al_akh_fillah” dan memiliki gambar, video dan naskhah dokumen yang ada kaitan dengan pengganas IS di dalam telefon bimbit di sebuah restoran di Kampung Kelubi, Pasir Puteh pada 4.30 petang,10 Okt 2017.

Bagi pertuduhan keempat, pelajar itu didakwa menghadiri latihan persediaan suatu perbuatan pengganas di sebuah kawasan tanah lapang yang terletak berhampiran dengan bangunan tapak semaian benih di Gong Kulim, Pasir Puteh pada 10 Okt 2017 antara 3.30 petang hingga 4 petang.

Sementara itu, Muhammad Hafizi mengaku bersalah terhadap pertuduhan kelima iaitu memiliki dua senjata api, dua butir Improvised Explosive Device (IED) di No 1919, Kampung Merkang, Pasir Puteh pada 6.05 petang, 10 Okt 2017 mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan.

Berikutan pengakuan bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor memohon laporan akhlak tertuduh.

Sementara itu, Ahmad Azmi didakwa menerima latihan keganasan melalui perbualan WhatsApp “The Rise of Jundullah” dalam membuat bahan letupan daripada Muhammad Hafizi dan bersedia melibatkan diri dalam perbuatan pengganas di Kota Bharu antara pukul 9.07 malam hingga 10.28 malam pada 23 Sept 2017.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menghadiri latihan persediaan suatu perbuatan pengganas di sebuah kawasan tanah lapang yang terletak berhampiran dengan bangunan tapak semaian benih di Gong Kulim, Pasir Puteh pada 10 Okt 2017 antara 3.30 petang hingga 4 petang.

Ahmad Azmi, yang merupakan anggota kumpulan Gagak Hitam juga menghadapi pertuduhan memiliki 20 keping gambar, tiga video dan 16 naskhah dokumen yang mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan pengganas dan kumpulan pengganas IS di dalam sebuah telefon bimbit di sebuah restoran di Kampung Kelubi, Pasir Puteh pada 10 Okt 2017 pada 4.30 petang.

Mahadi, pula menghadapi pertuduhan menerima latihan melalui kumpulan WhatsApp “The Rise of Jundullah” dalam membuat bahan letupan daripada Muhammad Hafizi dan bersedia melibatkan diri dalam perbuatan pengganas pada masa dan tarikh sama.

Mahadi yang pernah terbabit dengan kegiatan kongsi gelap dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh mahkamah tentera juga dituduh menghadiri latihan persediaan suatu perbuatan pengganas di sebuah kawasan tanah lapang yang terletak berhampiran dengan bangunan tapak semaian benih di Gong Kulim, Pasir Puteh pada 10 Okt 2017 antara 3.30 petang hingga 4 petang.

Bagi pertuduhan dihadapi ketiga-tiga mereka, masing-masing didakwa mengikut 130FA (a) 130JB(1)(b), 130FB(1)(a) dan 130FB(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum antara tujuh hingga 30 tahun atau denda atau boleh dilucuthak mana-mana item tersebut.

Terdahulu, Muhammad Fadzlan memohon pautan digital forensik dan laporan pakar serta tidak menawarkan jaminan kerana kes berkenaan tertakluk di bawah Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mahkamah menetapkan 6 Dis untuk sebutan semula kes. – BERNAMA


Thus Article Pelajar Antara 3 Didakwa Terbabit Aktiviti Militan

Itulah artikel Pelajar Antara 3 Didakwa Terbabit Aktiviti Militan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelajar Antara 3 Didakwa Terbabit Aktiviti Militan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/pelajar-antara-3-didakwa-terbabit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelajar Antara 3 Didakwa Terbabit Aktiviti Militan"

Catat Ulasan

Loading...