Loading...

Pasport gantian percuma untuk mangsa banjir

Loading...
Pasport gantian percuma untuk mangsa banjir - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pasport gantian percuma untuk mangsa banjir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pasport gantian percuma untuk mangsa banjir
link : Pasport gantian percuma untuk mangsa banjir

Baca juga


Pasport gantian percuma untuk mangsa banjir

THE MALAYSIAN TIMES
 


BAYAN LEPAS: Orang ramai yang pasport mereka rosak atau hilang dalam kejadian banjir di negeri ini Ahad lepas, boleh membuat permohonan pasport gantian secara percuma di pejabat Imigresen berhampiran mulai esok hingga 31 Dis ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata permohonan pasport gantian berkenaan adalah untuk pasport yang rosak atau hilang akibat kejadian banjir itu dan belum tamat tempoh.

“Mangsa banjir yang terlibat, segeralah buat laporan di pejabat Imigresen terlebih dahulu dan hendaklah membuktikan ia (pasport hilang atau rosak) disebabkan bencana bukan kecuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Tinjauan Mesra Misi Cakna Kebajikan dan Gotong Royong Pasca Banjir Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Beliau berkata kuarters jabatan berkenaan di sini, turut terjejas dalam kejadian banjir tersebut dan anggaran kerugian bagi 40 unit kuarters untuk 70 keluarga itu ialah kira-kira RM400,000.

Sementara itu, Rohana Ibrahim, 39, berkata ini kali pertama kawasan kuarters didiaminya itu dinaiki air menyebabkan sebahagian besar perabot di rumahnya rosak.–Bernama



Thus Article Pasport gantian percuma untuk mangsa banjir

Itulah artikel Pasport gantian percuma untuk mangsa banjir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pasport gantian percuma untuk mangsa banjir dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/pasport-gantian-percuma-untuk-mangsa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pasport gantian percuma untuk mangsa banjir"

Catat Ulasan

Loading...