Loading...
Tajuk : Nak beli telefon secondhand (terpakai)? Jom baca tips ni dulu.
link : Nak beli telefon secondhand (terpakai)? Jom baca tips ni dulu.
Nak beli telefon secondhand (terpakai)? Jom baca tips ni dulu.
Nak beli telefon secondhand (terpakai)? Jom baca tips ni dulu. | Assalamualaikum wbt. Memang tak dinafikan di mana-mana kedai telefon kita mesti nampak pelbagai jenama telefon secondhand (terpakai). Mungkin sesetengah orang yang kurang bajet nak beli telefon baru, mesti mencari-cari telefon sebegini. Iyelah, cikla percaya semua orang mesti teringin nak pakai telefon yang agak popular kan, tapi kalau beli yang ori memanglah mahal tu giler. Ribu riban kot. So, dengan adanya lambakan telefon secondhand (terpakai) ni, bolehlah memenuhi impian korang tu.
Cikla dulu pun pernah jugak pakai telefon terpakai ni, tapi lupa pulak brand apa. Hehe. Sebenarnya, telefon secondhand (terpakai) ni bukannya tak bagus. Biasanya, telefon sebegini tak mempunyai masalah dari segi perisian di dalam telefon tersebut, mungkin sesetengahnya mengalami sedikir calar di skrinnya. So, ada beberapa tips yang korang boleh guna sebelum korang nak beli telefon secondhand (terpakai). Bukan apa, kita nak jugak pakai lama kan telefon ni walaupun kita beli secondhand.
Nak tau tipsnya? Jom baca sampai habis ye...
Tips nak beli telefon secondhand (terpakai).
- Check physical button seperti power button, bunyi dan camera ok ke tak.
- Check paparan bagi mencari piksel mati. Korang boleh gunakan apps YAMT untuk Android dan apps TEST & CHECK untuk iOS bagi memastikan skrin sesentuh itu boleh menerima input serentak daripada 10 jari.
- Test buat panggilan telefon untuk check speaker telinga dan mikrofon. Korang boleh juga try guna port audio menggunakan headset.
- Check wifi dan Bluetooth connection.
- Try bukak YouTube untuk check keadaan speaker utama.
- Check sensor dengan menggunakan beberapa apps seperti CPU-Z untuk Android dan Sensor Kinectics untuk iOS.
- Check GPS dengan menggunakan GPS Test untuk Android atau GPS Status untuk iOS.
- Check fungsi storan dan mikroSD dengan menggunakan file Explorer.
- Lastly, korang jangan lupa check camera depan belakang dan pastikan fungsi seperti autifocus laser, zoom luar dalam berfungsi dengan baik.
So, lepas ni kalau korang nak beli telefon secondhand (terpakai) boleh guna tips yang cikla dah share tu. Semoga bermanfaat ye...
Sumber IT@Metro.
Thus Article Nak beli telefon secondhand (terpakai)? Jom baca tips ni dulu.
Itulah artikel Nak beli telefon secondhand (terpakai)? Jom baca tips ni dulu. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Nak beli telefon secondhand (terpakai)? Jom baca tips ni dulu. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/nak-beli-telefon-secondhand-terpakai.html
0 Response to "Nak beli telefon secondhand (terpakai)? Jom baca tips ni dulu."
Catat Ulasan