Loading...

LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Loading...
LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL
link : LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Baca juga


LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Jangan pandang rendah situasi West Ham. Tangga liga bukan penanda aras. Mungkin Slaven Bilic sedikit pening. Banyak pertahanan utama cuti sakit. Malah West Ham antara pasukan yang banyak bolos musim ni. Jadi situasi mereka yang terdesak bakal melihat tuan rumah akan main corak negatif. Macam biasa susun bas, cari sepakan percuma atau penjuru dan guna Abang Andy Khairul serang bola tinggi. Nampak macam lawak kan, tetapi itulah kenyataan bahawa lawan akan mencuba cara tu sebab banyak lawan berhasil dapat mata malah ada dapat 3 mata.

Mignolet
Gomez Matip Klavan Moreno
Emre Hendo Milner
Salah Sturridge Firmino

Rasannya masih belum ada tempat untuk Ox nak jadi pemain tetap. Masa lawan Maribor mungkin dia dapat peluang sebab Coutinho cedera dan Sturridge masih perlu rehat tak boleh main terus menerus. Tetapi semangat yang terbaik bermain baik semasa diberi peluang, rasanya Ox kena naikkan lagi corak permainan untuk bersaingan dengan Salah, Firmino dan Sturridge untuk trio serangan. Jadi lawan WHU kemungkinan besar Sturridge akan main kesebelasan utama, tengok cara Klopp akui Sturridge dalam prestasi terbaik.  Lagipun kalau penyerang kalau dah makin tajam penyudah depan gol dia takkan berhenti kecuali cedera.

Pertahanan kita mungkin jadi sasaran WHU dengan serangan bola tinggi. Secara peribadi abam masih was2 Matip dan Klavan boleh hadap serang balas jika main 2 kat bawah. Namun formula untuk kemaskan pertahanan Klopp dah tunjuk sebelym ni dengan Gomez diberi peranan sebagai bek tengah ketiga tetapi cenderung bantu Salah sebelah kanan dengan limitasi sekadar nak kekang sayap kiri lawan. Formasi boleh cakap masih 433 tetapi menjurus kepada 343, asbabnya Moreno bersama bahagian tengah dan banyak masuk kesayap.

Bila keadaan camni nampak fleksibel sikit bahagian tengah dengan Hendo sedikit bertahan dan Milner dan Emre bantu serangan. Emre kita nampak diberi tugas jika pemain sayap masuk ketepi, dia akan berada didalam kotak. Sebab tu masa lawan Maribor Emre dapat buat gol dan dia dia juga terlepas peluang dari tandukan tersasar. Milner banyak masuk ke kanan jika Salah masuk dalam kotak. Tetapi dia tak masuk sampai tepi sekadar main mudah dan bekap bek kanan jika Gomez kena bantu serangan.

WHU sejak kepergian Dimitri Payet dah tak segarang lagi. Payet antara pencetus serangan WHU yang cukup digeruni. 3 musim lepas pasukan kita jadi ulam dengan mereka tak kira di Upton Park, malah kat Anfield pun mereka kurang ajar memalukan Liverpool depan peminat. Sekarang tak lagi sebab serangan mereka bergantung kepada reputasi Chicarito bekas pemain Menyu. Pembelian mereka macam Anautovic dan Ayew tak nampak boleh ganti Payet, namun abam minat Lanzini yang nampak dia saja sumber kreativiti WHU. Kiranya kesimpulan abam jangka kalau bek kita tak buat hal mungkin kita boleh menang selesa.



Thus Article LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL

Itulah artikel LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/liga-perdana-west-ham-lawan-liverpool.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "LIGA PERDANA : WEST HAM LAWAN LIVERPOOL"

Catat Ulasan

Loading...