Loading...
Tajuk : Lelaki Selamatkan Akauntan Jatuh Landasan
link : Lelaki Selamatkan Akauntan Jatuh Landasan
Lelaki Selamatkan Akauntan Jatuh Landasan
SEORANG lelaki misteri diangkat sebagai hero apabila sanggup gadai nyawa demi menyelamatkan seorang akauntan yang terjatuh ke landasan kereta api di stesen Rochester, Kent minggu lalu.
Menurut media Britain, mangsa yang dikenali sebagai Sarah Williams dipercayai pengsan sebelum terjatuh dari platform stesen tersebut.
Sarah dan keluarganya kini sedang mencari lelaki berhati mulia itu yang turut bertindak melambai isyarat kecemasan kepada pemandu kereta api terbabit.
Gadis berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan pada siku dan muka selain patah gigi.
“Saya tidak dapat ingat semuanya. Saya hanya melihat kereta api datang dan saya bangun dari kerusi dan berjalan ke arah platform sebelum pengsan.
“Saya tidak sedarkan diri dan kemudian saya dengar seseorang berteriak menyuruh saya bangun kerana kereta api semakin hampir.
“Ia membuatkan saya trauma untuk menaiki kereta api semula. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyelamatkan nyawa saya terutamanya lelaki misteri itu,” katanya.
Susulan insiden itu, kakitangan di stesen kereta api terbabit menenangkan Sarah sebelum membawanya ke hospital.
Sarah kini dilaporkan semakin pulih dan sedang berehat di kediamannya di Strood, Kent. – mStar Online
Thus Article Lelaki Selamatkan Akauntan Jatuh Landasan
Itulah artikel Lelaki Selamatkan Akauntan Jatuh Landasan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Lelaki Selamatkan Akauntan Jatuh Landasan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/lelaki-selamatkan-akauntan-jatuh.html
0 Response to "Lelaki Selamatkan Akauntan Jatuh Landasan"
Catat Ulasan