Loading...

Kemenangan ubat luka Tok Gajah

Loading...
Kemenangan ubat luka Tok Gajah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kemenangan ubat luka Tok Gajah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kemenangan ubat luka Tok Gajah
link : Kemenangan ubat luka Tok Gajah

Baca juga


Kemenangan ubat luka Tok Gajah



ARKIB : 10/04/2008

Oleh YUSRI SAHAT

KUANTAN - Kemenangan Pahang ke atas Sabah 3-1 dalam suku akhir pertama Piala FA, kelmarin diibaratkan membalut luka skuad Tok Gajah yang menunjukkan prestasi kurang meyakinkan dalam Liga Super sepanjang musim ini.

Kemenangan itu memberi sedikit pengharapan buat Pahang untuk menjulang sekurang-kurangnya satu kejuaraan pada musim ini.

Meski pun masih awal untuk membuat rumusan, peluang ke separuh akhir Piala FA dilihat cerah jika persembahan malam kelmarin dijadikan sandaran apabila bertemu Sabah pada suku akhir kedua di Likas pada 22 April ini.

Perkara itu diakui Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan menerusi riak wajahnya yang terpampang kelegaan selepas anak buahnya menunjukkan persembahan meyakinkan ketika membenam Sabah kelmarin.

Zainal yang ditemui selepas perlawanan bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan rasa tidak puas hatinya terhadap persembahan anak-anak buahnya terutama pada separuh masa pertama.

Persembahan kurang konsisten menyebabkan Sabah berjaya mencuri satu gol menerusi Bobby Gonzales, ujarnya.

''Corak permainan kembali teratur dan berdisiplin pada separuh masa kedua sehingga Pahang berjaya membolos gawang lawan sebanyak tiga kali sehingga tiupan wisel terakhir.

''Pun begitu, kita terlepas beberapa peluang keemasan yang membolehkan Pahang menambah jaringan," katanya.

Berbekal dua gol di tangan, Zainal mengingatkan anak-anak buahnya bahawa kedudukan Pahang masih belum selamat apabila bertandang ke tempat lawan selepas ini.

''Sabah pastinya akan menggandakan usaha untuk memastikan hasrat Pahang ke separuh akhir berkecai," tegasnya.

Kali terakhir Pahang menjulang Piala FA ialah pada 2006 ketika menewaskan Perlis.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2zNq63g
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Kemenangan ubat luka Tok Gajah

Itulah artikel Kemenangan ubat luka Tok Gajah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kemenangan ubat luka Tok Gajah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/kemenangan-ubat-luka-tok-gajah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kemenangan ubat luka Tok Gajah"

Catat Ulasan

Loading...