Loading...

Janda Iklan Cari Suami Di Thailand

Loading...
Janda Iklan Cari Suami Di Thailand - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Janda Iklan Cari Suami Di Thailand, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Janda Iklan Cari Suami Di Thailand
link : Janda Iklan Cari Suami Di Thailand

Baca juga


Janda Iklan Cari Suami Di Thailand


BANGKOK – Kerana kesunyian selepas dua kali menjanda, seorang wanita berusia 65 tahun menaikkan iklan untuk mencari suami di hadapan rumahnya.

Sompong Chomphuprapet yang tinggal di Ubon Ratchathani meletakkan satu kain rentang di pintu pagar dan meminta mana-mana lelaki yang berminat masuk ke dalam rumahnya.

“Seorang wanita berusia 65 tahun mencari teman lelaki berusia 60 hingga 70 tahun. Saya seorang yang baik, jujur dan sihat. Sekiranya berminat hubungi di sini,” kata iklan itu.

Sompong memberitahu, dia pernah berkahwin sebanyak dua kali tetapi kedua-dua perkahwinannya berakhir dengan perceraian.

Kata Sompong, dia berkahwin dengan seorang lelaki Thailand tetapi bercerai kerana suaminya itu seorang kaki botol.

Dia kemudian bekerja di Jerman dan berkahwin dengan lelaki tempatan, namun perkahwinannya itu hanya mampu bertahan selama 13 tahun.

Sompong berkata, selepas kembali semula ke Thailand dia mula berasa kesunyian dan kini dia mahu mencari lelaki jujur yang menyayanginya dan menjaganya hingga akhir hayat.

“Saya mahu seorang lelaki yang baik kerana hidup seorang diri adalah sunyi dan menyedihkan. Saya mahu seorang pesara yang berpencen,” jelasnya.

Iklan itu dipasang kira-kira seminggu yang lalu dan dua lelaki sudah menawarkan diri tetapi kedua-duanya ditolak Sompong.

Seorang calon itu ditolak Sompong kerana dia tidak mempunyai skim pencen manakala seorang lagi lelaki berusia 59 tahun bekerja sebagai guru.

“Apabila lelaki itu bersara nanti dia bakal menerima pencen 20,000 baht (RM2,549) sebulan dan selepas ditolak semua hutangnya yang tinggal hanya 8,000 baht (RM1,019).

“Saya memberitahunya wang sebanyak itu tidak mampu menampung kehidupan kami berdua,” katanya. – Agensi/myMetro Online


Thus Article Janda Iklan Cari Suami Di Thailand

Itulah artikel Janda Iklan Cari Suami Di Thailand Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Janda Iklan Cari Suami Di Thailand dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/janda-iklan-cari-suami-di-thailand.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Janda Iklan Cari Suami Di Thailand"

Catat Ulasan

Loading...