Loading...

Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan

Loading...
Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan
link : Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan

Baca juga


Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan


JOHOR BAHRU – Polis menahan lima lelaki rakyat Bangladesh, awal hari ini, bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanak perempuan yang disyaki dilacur ibu mereka.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kelima-lima pekerja kilang berumur 28 hingga 42 tahun ditahan itu di sekitar kawasan Senai dekat Kulai.

“Penahanan dilakukan ekoran tertangkapnya seorang wanita yang disyaki melacurkan kedua-dua anak perempuannya,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Mohd Khalil berkata kelima-lima lelaki terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru tengah hari tadi untuk mendapatkan perintah reman.

Beliau berkata kesemua mereka kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Rabu lepas, polis menahan seorang wanita, kerana disyaki melacurkan dua anak perempuannya yang berumur lapan dan 10 tahun kepada tiga lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.

Wanita berumur 39 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Bintang, Senai, dekat Kulai, selepas polis bertindak atas maklumat awam.

Wanita itu disyaki melakukan kegiatan itu sejak sebulan lepas.

Dia disyaki membawa kedua-dua anaknya ke hotel terbabit setiap Jumaat dan meninggalkan mangsa di hotel bersama tiga lelaki itu.

Wanita berkenaan yang merupakan ibu tunggal dipercayai menerima bayaran berjumlah RM50 setiap kali menjalankan ‘urus niaga’ berkenaan.

Kedua-dua mangsa sudah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. - BERNAMA


Thus Article Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan

Itulah artikel Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/ibu-lacur-anak-5-lelaki-bangladesh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibu Lacur Anak: 5 Lelaki Bangladesh Ditahan"

Catat Ulasan

Loading...