Loading...

Ibu Durjana ‘Belasah’ Anak Di Pengimbas Tiket Tren

Loading...
Ibu Durjana ‘Belasah’ Anak Di Pengimbas Tiket Tren - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ibu Durjana ‘Belasah’ Anak Di Pengimbas Tiket Tren, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ibu Durjana ‘Belasah’ Anak Di Pengimbas Tiket Tren
link : Ibu Durjana ‘Belasah’ Anak Di Pengimbas Tiket Tren

Baca juga


Ibu Durjana ‘Belasah’ Anak Di Pengimbas Tiket Tren


KECOH di laman sosial apabila rakaman memaparkan seorang wanita bertindak kasar terhadap seorang budak lelaki berhampiran mesin pengimbas tiket tren sehingga tular diperkatakan netizen.

Menerusi video berdurasi kurang daripada dua minit tersebut, wanita berkenaan yang dalam keadaan marah dilihat berkali-kali menendang, mengheret dan memukul kanak-kanak malang itu.

Insiden yang telah menular itu dipercayai bermula apabila wanita berkenaan dilihat cuba menyerahkan tiket tren kepada kanak-kanak terbabit bagi membolehkannya melepasi mesin tersebut.

Namun secara tiba-tiba wanita itu sekali lagi mengasari kanak-kanak terbabit dengan memukul sebelum mencampak tiket tersebut.

Akibat tindakan tersebut, kanak-kanak malang itu menangis sambil meronta-ronta memanggil wanita berkenaan yang dipercayai merupakan ibu kandung kepadanya.


Tidak habis di situ sahaja, wanita berkenaan yang turut membawa dua beg kemudiannya mendapatkan kanak-kanak terbabit sebelum bertindak menarik baju dan mencampak ke satu sudut yang lain.

Tindakan wanita itu telah mengakibatkan kanak-kanak berkenaan kelihatan dalam kesakitan dan terus menghampiri si ibu.

Bagaimanapun, ia langsung tidak dihiraukan oleh wanita tersebut malah dia dilihat lebih sibuk mengutip barang yang bertaburan di lantai.


Episod malang kanak-kanak itu tidak berakhir di situ sahaja apabila wanita itu dilihat sekali lagi menendang beberapa kali di bahagian belakang badan ekoran kedegilan kanak-kanak itu enggan memakai selipar.

Apa lagi memilukan, sewaktu kejadian berlaku orang ramai yang lalu lalang di situ dilihat tiada seorang pun yang cuba meleraikan perkara tersebut malah hanya sekadar memerhati sahaja.

Kejadian menyayat hati itu dipercayai berlaku di sebuah stesen LRT sekitar Lembah Klang dan sehingga kini, punca kemarahan wanita berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Video yang berdurasi seminit dan 33 saat yang tular itu telah pun ditonton oleh lebih 400,000 dan mengundang reaksi netizen yang pelbagai.



Hasil tinjauan pihak kami mendapati video berkenaan telah dipadam oleh pengendali laman Facebook yang memuat naik rakaman tersebut sebelum artikel ini disiarkan .– MYNEWSHUB.CC/AM



Thus Article Ibu Durjana ‘Belasah’ Anak Di Pengimbas Tiket Tren

Itulah artikel Ibu Durjana ‘Belasah’ Anak Di Pengimbas Tiket Tren Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ibu Durjana ‘Belasah’ Anak Di Pengimbas Tiket Tren dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/ibu-durjana-belasah-anak-di-pengimbas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibu Durjana ‘Belasah’ Anak Di Pengimbas Tiket Tren"

Catat Ulasan

Loading...