Loading...

[GEMPAR] VIDEO, Pemuda UMNO Negeri Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFA

Loading...
[GEMPAR] VIDEO, Pemuda UMNO Negeri Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFA - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [GEMPAR] VIDEO, Pemuda UMNO Negeri Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [GEMPAR] VIDEO, Pemuda UMNO Negeri Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFA
link : [GEMPAR] VIDEO, Pemuda UMNO Negeri Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFA

Baca juga


[GEMPAR] VIDEO, Pemuda UMNO Negeri Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFA



Alor Setar- Pergerakan Pemuda UMNO negeri hari ini menyatakan solidariti memohon supaya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah serta seluruh kepemimpinan UMNO negeri termasuk barisan Exco menimbangkan kemungkinan melepaskan jawatan disandang dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan serta-merta.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, cadangan itu dibuat atas dasar menjaga nama baik parti yang sering dijadikan kambing hitam oleh pihak berkepentingan yang menjadikan bola sepak sebagai medan mencetuskan amarah serta meraih simpati politik.

Tindakan para penyokong yang 'mengeboo' Ahmad Bashah di Stadium Shah Alam pada perlawanan akhir Piala Malaysia kelmarin adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan sangat mengecewakan ketika beliau (Ahmad Bashah) melakukan pelbagai usaha antaranya mencari dana berjumlah RM54 juta dalam tempoh dua tahun untuk pengurusan pasukan dan kebajikan pemain.

"Bukan itu saja, malah beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mempertahankan harga tiket di Stadium Darul Aman pada kadar terendah berbanding di tempat-tempat lain untuk penyokong.

"Tetapi pengorbanan dan jasa beliau tidak langsung dikenang dan dihargai sehingga mereka memalukannya di stadium tempoh hari. Justeru kami percaya, adalah lebih baik beliau serta seluruh kepemimpinan UMNO Kedah termasuk mana-mana Exco yang menyandang jawatan lain seperti Setiausaha Kehormat serta Bendahari KFA melepaskan jawatan," katanya.

Mengulas lanjut katanya, kepemimpinan Pemuda UMNO negeri juga menuntut supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiasat mengenai kewujudan kain rentang gergasi tertulis perkataan 'haters' yang dibentangkan para penyokong JDT sewaktu lagu rasmi negeri, Allah Selamat Sultan dimainkan di Stadium Shah Alam kelmarin.

"Benar, perkataan haters itu boleh ditujukan kepada sesiapa saja tetapi kami mempersoalkan mengapa mereka membentangkan kain rentang gergasi itu ketika lagu negeri dimainkan. Tindakan itu jelas menunjukkan niat tidak baik dan secara tidak langsung tidak menghormati keberangkatan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di pentas utama.

"Kami hairan bagaimana kain rentang berbentuk provokasi sebesar itu boleh melepasi kawalan keselamatan sedangkan terdapat undang-undang yang menghalang kain-kain rentang berbentuk provokasi daripada dibawa ke dalam stadium. Adakah terdapat keistimewaan atau ada pihak takut dengan individu tertentu hingga mereka boleh membawa kain rentang sebesar itu masuk ke stadium?"

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri kesemua 15 Ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri di Hotel TH di sini, hari ini.


Sumber: Utusan Online


Thus Article [GEMPAR] VIDEO, Pemuda UMNO Negeri Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFA

Itulah artikel [GEMPAR] VIDEO, Pemuda UMNO Negeri Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [GEMPAR] VIDEO, Pemuda UMNO Negeri Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFA dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/gempar-video-pemuda-umno-negeri-mohon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[GEMPAR] VIDEO, Pemuda UMNO Negeri Mohon MB Lepaskan Jawatan Presiden KFA"

Catat Ulasan

Loading...