Loading...

Gara-Gara Kantoi Curang, Kapal Terbang Terpaksa Mendarat

Loading...
Gara-Gara Kantoi Curang, Kapal Terbang Terpaksa Mendarat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gara-Gara Kantoi Curang, Kapal Terbang Terpaksa Mendarat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gara-Gara Kantoi Curang, Kapal Terbang Terpaksa Mendarat
link : Gara-Gara Kantoi Curang, Kapal Terbang Terpaksa Mendarat

Baca juga


Gara-Gara Kantoi Curang, Kapal Terbang Terpaksa Mendarat


NEW DELHI – Sebuah kapal terbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan gara-gara seorang wanita mengamuk sakan setelah mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga.

Wanita yang merupakan warganegara Iran itu sedang dalam penerbangan Qatar Airways dari Doha ke Bali, Indonesia bersama-sama suami dan anak mereka pada Ahad lalu, lapor akhbar India, Hindustan Times hari ini.

Semasa suaminya sedang tidur, wanita itu telah menggunakan jarinya untuk buka telefon bimbitnya menggunakan pengesan cap jari, sekali gus meng’kantoi’kan kecurangan lelaki itu berserta maklumat terperinci mengenai hubungan sulitnya itu.

Berang akan penemuan itu, wanita itu dilaporkan mula memukul suaminya. Para krew kabin cuba untuk meleraikan pergaduhan itu namun gagal untuk menenangkan keadaan.

Akibat situasi penerbangan yang kurang aman itu, juruterbang mengambil keputusan untuk membuat pendaratan kecemasan di bandar Chennai yang terletak di selatan India.

Wanita tersebut, suami dan anak mereka kemudiannya dibawa turun daripada pesawat itu sebelum menyambung semula perjalanan mereka, kata pegawai keselematan yang dirahsiakan namanya kepada akhbar tersebut.

“Keluarga itu berehat selama sehari di lapangan terbang Chennai sebelum diterbangkan ke Kuala Lumpur oleh penerbangan Batik Air. Tiada tindakan diambil ke atas mereka,” kata pegawai itu lagi. - MYNEWSHUB.CC


Thus Article Gara-Gara Kantoi Curang, Kapal Terbang Terpaksa Mendarat

Itulah artikel Gara-Gara Kantoi Curang, Kapal Terbang Terpaksa Mendarat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gara-Gara Kantoi Curang, Kapal Terbang Terpaksa Mendarat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/gara-gara-kantoi-curang-kapal-terbang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gara-Gara Kantoi Curang, Kapal Terbang Terpaksa Mendarat"

Catat Ulasan

Loading...