Loading...

Dua Gadis Diekori Dua Pemuda Selama Dua Jam

Loading...
Dua Gadis Diekori Dua Pemuda Selama Dua Jam - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dua Gadis Diekori Dua Pemuda Selama Dua Jam, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dua Gadis Diekori Dua Pemuda Selama Dua Jam
link : Dua Gadis Diekori Dua Pemuda Selama Dua Jam

Baca juga


Dua Gadis Diekori Dua Pemuda Selama Dua Jam


BARU-BARU ini penduduk kawasan sekitar Shah Alam, Selangor digemparkan dengan berita seorang pelajar universiti disamun dan dirogol semasa sedang menunggu bas.

Namun dua hari lalu pula tular cerita mengenai dua gadis yang diekori oleh dua orang lelaki. Insiden itu dikatakan turut terjadi di kawasan Seksyen 7, Shah Alam.

Seorang gadis yang dikenali sebagai Aina telah memuat naik perkara tersebut menerusi laman Twitter menceritakan tentang kejadian berkenaan.

“Kepada perempuan-perempuan di luar sana, tolong berhati-hati jika anda terlihat dua lelaki ini di Shah Alam. Mereka telah mengekori kawan-kawan saya di KFC tanpa henti,” tulisnya di Twitter.


Gadis itu menceritakan bahawa dua orang rakan perempuannya itu diekori dua lelaki berkenaan dari sebuah kedai dobi sehingga ke sebuah restoran makanan segera yang terletak di kawasan itu.

Katanya, lelaki-lelaki tersebut memerhati gerak-geri mereka berdua sehinggakan mereka tidak selesa untuk makan.


Terasa terancam, salah seorang daripada gadis berkenaan melaporkan kejadian itu kepada pekerja restoran berkenaan. Namun, tindakannya seakan sia-sia apabila pekerja terbabit tidak mengendahkan aduan yang dibuat.

Sebagai langkah berjaga-jaga, gadis-gadis berkenaan mengambil keputusan untuk menukar tempat duduk dan kedua-dua lelaki itu turut membuat perkara yang sama. Malah, kedudukan mereka semakin dekat!


Menurut Aina, rakan-rakannya itu menukar tempat sekali lagi apabila salah seorang daripada lelaki mencurigakan itu keluar dari restoran berkenaan.

Tanpa disangka-sangka, lelaki yang masih duduk di sana bangun seakan-akan ingin membasuh tangan walaupun dia tidak membeli sebarang makanan.

Apa yang lebih memeranjatkan lagi, lelaki itu kemudiannya duduk di meja lama gadis-gadis berkenaan. Jarak antara kedua-dua meja itu sangat rapat.


Tambah Aina, kawan lelaki kelas mereka datang ke restoran berkenaan untuk melihat keadaan mereka. Pada masa yang sama, barulah pengurus restoran tersebut mengambil tindakan memerhatikan kedua-dua lelaki itu.

Mungkin rasa diperhatikan, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan premis berkenaan.

Paling mengejutkan ialah, lelaki-lelaki tersebut masuk ke sebuah kereta yang dalamnya penuh dengan lelaki lain.


Nasib mereka baik apabila ada rakan kelas datang membantu. Mungkin selepas ini, gadis-gadis di luar sana dinasihatkan membawa pepper spray bersama dan jangan keluar berseorangan.

Pihak restoran pula sepatutnya lebih peka dengan keadaan sekitar restoran dan mengambil kisah tentang aduan yang dibuat. Diharapkan perkara-perkara sebegini tidak terjadi pada masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Dua Gadis Diekori Dua Pemuda Selama Dua Jam

Itulah artikel Dua Gadis Diekori Dua Pemuda Selama Dua Jam Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dua Gadis Diekori Dua Pemuda Selama Dua Jam dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/dua-gadis-diekori-dua-pemuda-selama-dua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dua Gadis Diekori Dua Pemuda Selama Dua Jam"

Catat Ulasan

Loading...