Loading...
Tajuk : Disahkan Bebas Kanser Tapi Mati Selepas Kahwin
link : Disahkan Bebas Kanser Tapi Mati Selepas Kahwin
Disahkan Bebas Kanser Tapi Mati Selepas Kahwin
SYDNEY – Keluarga seorang wanita yang meninggal dunia hanya tiga bulan selepas berkahwin ketika dia disahkan menghidap kanser kulit menuntut penjelasan daripada doktornya.
Leah Debono, 29, meninggal dunia pada Januari lalu akibat kanser kulit yang telah merebak ke beberapa bahagian badannya termasuk otak, paru-paru dan tulang.
Menurut media Australia, mendiang sebelum itu sudah disahkan sebagai bebas daripada kanser kulit pada 2013 lalu.
Namun wanita itu kembali bertarung nyawa dengan penyakit tersebut hanya selepas berkahwin dengan suaminya, Ben Debono, pada Oktober tahun lalu.
“Saya melihat dia menghembuskan nafas terakhirnya. Anda tidak ingin melalui pengalaman seperti itu. Ia amat kejam,” kata bapanya, Lex Dubano.
Leah sering menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya empat kali setahun tetapi doktor tidak menyedari kanser itu telah kembali semula.
Sebulan selepas majlis perkahwinannya, mendiang pengsan di tempat kerja dan dikejarkan ke sebuah hospital.
Namun doktor mengesahkan Leah mungkin kepenatan.
Malahan Leah turut memikirkan dia mungkin hamil.
“Leah sentiasa di hati saya,” kata Ben. – mStar Online
Thus Article Disahkan Bebas Kanser Tapi Mati Selepas Kahwin
Itulah artikel Disahkan Bebas Kanser Tapi Mati Selepas Kahwin Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Disahkan Bebas Kanser Tapi Mati Selepas Kahwin dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/disahkan-bebas-kanser-tapi-mati-selepas.html
0 Response to "Disahkan Bebas Kanser Tapi Mati Selepas Kahwin"
Catat Ulasan