Loading...

Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri

Loading...
Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri
link : Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri

Baca juga


Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri


KOTA BHARU – Dicucuh dengan api rokok dan kulitnya ditoreh guna pisau.

Itu penderitaan dialami seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang didera bapa kandungnya sendiri, Sabtu lalu.

Mangsa, Khairunisa Mohd Safizam yang kini trauma diperlakukan sedemikian selepas bapanya berpisah dengan ibunya sejak tiga bulan lalu.

Difahamkan, bapa kanak-kanak itu mahu rujuk dengan ibunya namun permintaannya ditolak.

Susulan tidak berpuas hati dengan keputusan bekas isterinya, suspek menjadikan mangsa tempat melepaskan kemarahannya.

Mangsa juga tidak dihantar ke sekolah sejak sebulan lalu dan sering didera bapanya selain dibiarkan kelaparan.

Ibunya, Nurul Hazwani Shahferi, 27, berkata, setelah berpisah dengan suaminya sejak tiga bulan lalu, Khairunnisa dan anak keduanya tinggal bersama lelaki itu.

“Sebelum ini bekas suami tidak pernah bertindak demikian dan hanya lepaskan marah dan tidak pernah pukul anak.

“Namun selepas bercerai, dia bertindak agresif kerana anak sulung, Khairunnisa mempunyai wajah seiras saya.

“Kerana hajatnya tidak dituruti, dia sanggup mendera anaknya sendiri tanpa belas kasihan dan mengugut saya akan cederakan anak, jika saya terus berdegil,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Nurul Hazwani berkata, tidak tahan dengan perangai bekas suami selepas mengetahui anak sulungnya didera, dia terus membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian dan bersama pihak polis dia terus ke rumah lelaki itu untuk mengambil Khairunnisa.

“Memang perbuatannya melampau, kerana marahkan saya dia sanggup dera anak sendiri. Di mana kasih sayang seorang ayah kepada anak? Sanggup memperlakukan anak kandung sedemikan rupa.

“Apapun saya serahkan kes ini kepada pihak polis untuk tindakan susulan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Ismail Mat Sidik mengesahkan menerima laporan dan menurutnya suspek ditahan reman dan kes disiasat untuk tindakan susulan. – SINAR HARIAN


Thus Article Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri

Itulah artikel Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/dera-anak-kandung-kerana-wajah-seiras.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dera Anak Kandung Kerana Wajah Seiras Bekas Isteri"

Catat Ulasan

Loading...