Loading...
Tajuk : Cara Atasi Masalah Telur (Ovum) Tak Matang Untuk Mudah Hamil
link : Cara Atasi Masalah Telur (Ovum) Tak Matang Untuk Mudah Hamil
Cara Atasi Masalah Telur (Ovum) Tak Matang Untuk Mudah Hamil
Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri hidup. Namun, tidak semua pasangan berjaya memiliki anak walaupun sudah mencuba untuk hamil selama beberapa tahun.Salah satu punca utama kesukaran untuk hamil adalah disebabkan oleh masalah telur atau ovum yang tidak matang. Bila tiada telur yang matang, maka ovulasi jarang berlaku dan tiada peluang untuk berlakunya persenyawaan.
Dalam artikel ini, saya inginkan kongsikan bagaimana cara untuk atasi masalah telur tidak matang untuk wanita mudah hamil.
Punca Telur Tidak Matang
Semua wanita dilahirkan dengan berjuta sel telur yang belum matang (folikel) tersimpan di dalam ovari mereka. Selepas akil baligh, kitaran ovulasi bermula. Setiap bulan, akan ada beberapa telur yang mula matang, dan bila ovulasi semakin hampir, hanya satu telur yang betul-betul matang akan dilepaskan oleh ovari supaya ia boleh melalui tiub fallopio untuk disenyawakan.
Bila wanita mempunyai masalah telur tidak matang, ovulasi jarang berlaku. Jadi, bagi wanita yang mengalami masalah ini, biasanya mereka mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Ada yang mungkin 2-3 bulan sekali datang haid atau tiada haid langsung.
Klik >> Cara Lancarkan Kitaran Haid Agar Kembali Normal
Berikut antara punca terjadinya masalah telur tidak matang:
1. Masalah hormon
Hormon yang tak seimbang boleh mengganggu proses kematangan telur di dalam ovari. Wanita dengan PCOS, sinonim dengan masalah ini.
PCOS adalah keadaan di mana ketidakseimbangan hormon mengganggu ovulasi. Kelenjar adrenal dan ovari menghasilkan jumlah hormon lelaki yang berlebihan, yang mengakibatkan penghasilan hormon luteinizing (LH) yang luar biasa tinggi dan penghasilan hormon folikel stimuli (FSH) yang luar biasa rendah. Akibatnya, ovari dipenuhi dengan sista folikel yang tidak matang yang tidak dapat menghasilkan telur.
Klik >> Cara Atasi PCOS Secara Semulajadi
2. Gangguan fungsi hypothalamus
Hipotalamus adalah bahagian otak yang bertanggungjawab untuk menghantar isyarat kepada kelenjar pituitari, yang seterusnya, menghantar rangsangan hormon ke ovari dalam bentuk FSH dan LH untuk memulakan pematangan telur. Sekiranya hipotalamus gagal mencetuskan dan mengawal proses ini, telur tidak matang akan berlaku.
3. Gangguan fungsi kelenjar pituitari
Kelenjar pituitari bertanggungjawab menghasilkan dan membebaskan hormon FSH dan LH. Kematangan telur boleh terganggu dan seterusnya ovulasi tidak berlaku jika terdapat terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon-hormon ini dihasilkan. Ini boleh berlaku kerana kecederaan fizikal, tumor atau jika terdapat ketidakseimbangan kimia dalam pituitari.
4. Parut ovari
Kerosakan fizikal ke atas ovari boleh menyebabkan telur tidak matang. Sebagai contoh, pembedahan untuk
sista ovari yang berulang boleh menyebabkan kapsul ovari menjadi rosak atau berparut. Kesannya, folikel tidak boleh matang dengan betul dan ovulasi tidak berlaku. Jangkitan juga boleh memberi kesan ini.
Rawatan Untuk Atasi Masalah Telur Tidak Matang
Bagi wanita yang menghadapi masalah kesuburan akibat kurang ovulasi (telur tak matang) atau ovulasi tidak teratur, PCOS atau masalah kesuburan yang lain, biasanya doktor akan cadangkan pengambilan pil Clomid. Pil ini bertindak merawat kesuburan dengan merangsang badan untuk ovulasi, dan kadang-kadang merangsang ovulasi pelbagai folikel.
Penggunaan pil Clomid perlu pantauan dan nasihat dari doktor. Jadi, dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya mengambil pil ini. Terdapat beberapa kesan sampingan dari pengambilan pil ini :
- sakit kepala
- muntah
- payudara bengkak
- perubahan mood
- sakit di bahagian abdomen/pelvis
Tak semua wanita berjaya hamil setelah mengamalkan pil ini. Namun, jangan pernah putus harap. Ada banyak lagi ikhtiar lain yang boleh dilakukan untuk mematangkan telur seterusnya meningkatkan peluang wanita untuk hamil.
Disarankan untuk wanita yang menghadapi masalah telur tidak matang untuk:
- mengamalkan pemakanan kaya dengan sumber kalsium, kekacang, madu dan kurma untuk bantu mematangkan telur.
- elakkan minuman berkafein, makanan diproses dan bergula
- kekalkan berat badan yang sihat
- kawal tekanan sebaiknya.
Suplemen Untuk Atasi Masalah Telur Tak Matang.
Selain mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat, disarankan juga mengambil nutrisi tambahan untuk menyokong keperluan nutrien badan seterusnya menggalakkan fungsi sistem reproduktif yang optimum.
Untuk atasi masalah kesuburan akibat telur tak matang, saya sarankan anda amalkan kombinasi suplemen berikut :
Vivix
Kaya dengan Resveratrol dan polifenol tumbuhan yang sangat tinggi kandungan antioksidan. Ia bertindak melindungi, memperbaiki dan memberi tenaga pada sel termasuklah sel telur kita. Pengambilan berterusan nutrien ini dapat bantu tingkatkan kesihatan sel telur di mana sel jadi lebih muda, kuat dan sihat yang penting untuk kesuburan.
GLA Complex
Membantu menstabilkan hormon wanita. Hormon yang stabil penting untuk mengelakkan dari masalah ovulasi. GLA juga bantu menghasilkan cecair servik yang subur dan berkualiti. Cecair servik ini membantu sperma untuk lama bertahan dalam tiub fallopio sementara menanti kehadiran telur untuk disenyawakan. Cecair ini juga bertindak bantu sperma bergerak dengan lebih lancar seterusnya membantu persenyawaan.
Energizing Soy Protein
Kacang soya antara makanan yang membantu meningkatkan paras estrogen dalam badan. Tetapi bukan semua kacang soya adalah baik untuk kesuburan. Soya yang tidak diubah secara genetik (non-gmo) adalah yang paling selamat untuk dimakan.
ESP adalah protein soya berkualiti dari sumber non-gmo yang mempunyai fungsi hampir sama dengan clomid. Ia mengandungi isoflavones yang berupaya meningkatkan kesuburan wanita di mana ia merangsang ovulasi dan mematangkan ovum.
Feedback Dari Pengguna Vitamin Untuk Kesuburan Shaklee
Testimoni 1
Testimoni 2
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.
Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi
Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang
Pos seluruh Malaysia
*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.
Thus Article Cara Atasi Masalah Telur (Ovum) Tak Matang Untuk Mudah Hamil
Itulah artikel Cara Atasi Masalah Telur (Ovum) Tak Matang Untuk Mudah Hamil Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Cara Atasi Masalah Telur (Ovum) Tak Matang Untuk Mudah Hamil dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/cara-atasi-masalah-telur-ovum-tak.html
0 Response to "Cara Atasi Masalah Telur (Ovum) Tak Matang Untuk Mudah Hamil"
Catat Ulasan