Loading...

Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM

Loading...
Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM
link : Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM

Baca juga


Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM


HANYA kerana seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit.

Demikian pepatah yang sesuai diberikan atas tindakan seorang pemandu teksi ini yang menggenakan tambang tidak masuk akal terhadap penumpang warga asing, sekaligus memburukkan imej pemandu-pemandu teksi lain.

Harian Metro melaporkan, pemandu teksi tamak itu meminta bayaran tambang sebanyak RM160 daripada penumpang warga Myanmar bagi jarak perjalanan yang tidak sampai 10 kilometer (km).

Caj tersebut difahamkan diminta selepas menghantar mangsa dari Jalan Bukit Petaling ke Kota Raya.

Tidak berpuas hati dengan caj tambang tidak munasabah itu, mangsa kemudian membuat aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pada Rabu.

Bertindak atas aduan, pihak SPAD berjaya mengesan dan menahan pemandu teksi terbabit di sekitar TBS.

“SPAD kemudian menahan dan mengambil keterangan dari pemandu teksi itu.

“Pemandu teksi itu kemudian mendakwa hanya meminta caj tambang sebanyak RM100 daripada mangsa,” kata jurucakap SPAD memetik portal tersebut.

Tambahnya, SPAD turut menyita teksi model Proton Saga BLM yang digunakan pemandu terbabit bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan notis 80 akta sama atas kesalahan tidak menggunakan meter tambang.

Tatkala perkhidmatan awam kini semakin banyak ditawarkan dan pelanggan mempunyai pilihan, pemandu-pemandu teksi seharusnya belajar daripada kesilapan dan tidak ambil kesempatan terhadap penumpang kerana pada akhirnya, ia akan merugikan periuk nasi pemandu teksi itu sendiri. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM

Itulah artikel Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/caj-rm160-untuk-jarak-perjalanan-kurang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Caj RM160 Untuk Jarak Perjalanan Kurang 10KM"

Catat Ulasan

Loading...