Loading...
Tajuk : Berang Ganggu Tidur Petang, Bapa Bunuh Anak Sendiri
link : Berang Ganggu Tidur Petang, Bapa Bunuh Anak Sendiri
Berang Ganggu Tidur Petang, Bapa Bunuh Anak Sendiri
KEJAM! Seorang bapa tergamak membunuh anaknya sendiri ekoran berang dengan tangisan kanak-kanak itu dalam satu kejadian tragik di Medan, Indonesia.
Dalam kejadian tersebut, suspek dilaporkan bertindak demikian kerana bunyi kanak-kanak itu menangis dikatakan telah mengganggu suasana nyaman tidur petangnya.
Perbuatan jahat suspek itu akhirnya terbongkar apabila seorang lagi anaknya yang menjadi saksi kejadian tersebut menceritakan hal yang sebenar kepada bapa saudaranya.
Menurut kanak-kanak terbabit, suspek bertindak menekup muka adiknya sebelum mangsa dikejarkan ke sebuah hospital dan meninggal dunia 20 minit kemudian.
“Abah tutup mulut adik macam ini,” kata kanak-kanak berusia sekitar 6 tahun itu.
Terkejut dengan pendedahan itu, ahli keluarga mangsa telah melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.
Susulan itu, pihak polis telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian kanak-kanak kecil berusia dua tahun tersebut.
Hasil siasatan polis mendapati pembunuhan ini berpunca daripada tangisan mangsa yang dikatakan tidak henti ketika suspek hendak tidur pada jam 5 petang.
Tidak tahan dengan tangisan itu, suspek mengaku bertindak sedemikian dengan menekup mulut kanak-kanak itu menggunakan tangan.
“Dia (suspek) mengaku membunuh anaknya lantaran berang dengan bayi yang tak henti menangis,” kata ketua polis daerah berkenaan.
Sementara itu memetik sumber, kami di MYNEWSHUB difahamkan keluarga itu baru sahaja berpindah ke daerah berkenaan dan orang awam memberitahu suspek merupakan seorang penganggur. – MYNEWSHUB.CC/AM
Thus Article Berang Ganggu Tidur Petang, Bapa Bunuh Anak Sendiri
Itulah artikel Berang Ganggu Tidur Petang, Bapa Bunuh Anak Sendiri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Berang Ganggu Tidur Petang, Bapa Bunuh Anak Sendiri dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/berang-ganggu-tidur-petang-bapa-bunuh.html
0 Response to "Berang Ganggu Tidur Petang, Bapa Bunuh Anak Sendiri"
Catat Ulasan