Loading...

Bakal Pengantin Hilang Lepas Keluar Rumah

Loading...
Bakal Pengantin Hilang Lepas Keluar Rumah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bakal Pengantin Hilang Lepas Keluar Rumah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bakal Pengantin Hilang Lepas Keluar Rumah
link : Bakal Pengantin Hilang Lepas Keluar Rumah

Baca juga


Bakal Pengantin Hilang Lepas Keluar Rumah


TINGGAL dua minggu lagi Nur Zulaika Abdul Hamid melangsungkan perkahwinannya namun apa yang menimbulkan tanda tanya gadis itu ‘hilang’ selepas keluar dari rumah pada Jumaat lalu.

Nur Zulaika keluar dari rumahnya di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan, untuk pergi ke pasar di pekan Geting bagi mencari barang keperluan bersama dengan seorang rakan perempuannya, kira-kira jam 9 pagi.

Namun gadis berusia 20 tahun itu dikatakan tidak pulang ke rumah selepas beberapa jam ke pasar berkenaan.

Menurut kakak iparnya, Siti Nor Fazuani Abdullah, 27, gadis itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 28 November ini dengan lelaki pilihan hatinya.

“Dia keluar dengan kawan perempuan bernama Sarah Ibrahim yang berusia 17 tahun dan difahamkan, apabila tiba di pasar pagi itu, mereka berpecah.

“Sarah memberitahu Nur Zulaikha menyatakan mahu mencari baju dan mereka berjanji untuk berjumpa di satu tempat di pasar berkenaan selepas selesai membeli barang masing-masing.

“Ketika itu juga, Nur Zulaikha tidak membawa telefon bimbitnya,” katanya dipetik portal Harian Metro.

Tambah Siti, Sarah menunggu Nur Zulaika di tempat yang dijanjikan selama dua jam, namun gadis itu tetap tidak muncul, membuatkan dia memaklumkan hal itu kepada mereka.

“Kami sekeluarga cuba mencari Nur Zulaikha dan menjejakinya di tempat yang biasa dikunjunginya tetapi tidak menemuinya.

“Kami bimbang keselamatannya, apatah lagi di keluar rumah begitu sahaja. Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Pengkalan Kubor pada Sabtu lalu,” katanya.

Difahamkan Nur Zulaikha baru saja menetap di kampung selepas berhenti kerja di sebuah kilang di Melaka demi menguruskan hal perkahwinannya.

Gadis itu juga sudah menyelesaikan semua urusan dokumentasi perkahwinan termasuk melakukan ujian HIV pada Khamis lalu.

“Jika diikutkan, pada petang Jumaat hari kehilangan, dia sepatutnya bersama keluarga kami ke Rantau Panjang untuk mengedarkan kad jemputan perkahwinannya.

“Malangnya kejadian ini pula berlaku dan kami berharap tiada perkara buruk yang terjadi,” katanya.

Justeru, ahli keluarganya memohon orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi mereka di talian 019-7261719. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Bakal Pengantin Hilang Lepas Keluar Rumah

Itulah artikel Bakal Pengantin Hilang Lepas Keluar Rumah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bakal Pengantin Hilang Lepas Keluar Rumah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/bakal-pengantin-hilang-lepas-keluar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bakal Pengantin Hilang Lepas Keluar Rumah"

Catat Ulasan

Loading...