Loading...

10 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Perlu Tahu

Loading...
10 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Perlu Tahu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 10 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Perlu Tahu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 10 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Perlu Tahu
link : 10 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Perlu Tahu

Baca juga


10 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Perlu Tahu

Ramai wanita dapat merasakan diri mereka hamil apabila mengalami kelewatan haid selama seminggu. Namun, tanda awal kehamilan ini tidak tepat bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Sebab itu, ada kes wanita tidak sedar dirinya sedang hamil sehingga ada yang kandungan sudah memasuki trimester 3 baru mengetahuinya.

Jadi, dalam artikel ini saya ingin kongsikan 10 tanda awal kehamilan yang wanita perlu tahu. Lebih awal anda tahu diri sedang hamil, ia boleh bantu anda buat persediaan dari segi emosi dan penjagaan sepanjang kehamilan.


10 Tanda Awal Kehamilan


Berikut merupakan tanda-tanda yang mungkin dirasai oleh bakal ibu di minggu awal kehamilan:

1. Mual dan muntah


Kebanyakan wanita di awal kehamilan akan alami rasa mual dan muntah yang dikenali juga sebagai 'morning sickness'. Tanda ini biasanya muncul pada usia kehamilan enam minggu. Ramai juga yang alaminya lebih awal. Namun, gejala ini akan mula hilang selepas usia kehamilan mencecah 12-16 minggu. Punca terjadi rasa mual dan muntah disebabkan oleh asid yang terbentuk ketika tidur. Sebab itu, tanda ini sering dialami oleh wanita ketika waktu pagi.

Baca lanjut >> Cara Atasi Morning Sickness Yang Teruk Semasa Hamil

2. Rasa sangat letih


Di awal kehamilan, ramai wanita hamil merasa sangat letih dan cepat penat. Keadaan ini berlanjutan sehingga memasuki tiga bulan pertama kehamilan. Peningkatan kadar progesteron dan perubahan pada pengaliran darah, degupan jantung dan metabolisme tubuh yang menyebabkan wanita hamil cepat penat dan merasa keletihan.

Baca lanjut >> Tips Atasi Letih Dan Lesu Semasa Hamil

3. Sering buang air kecil


Wanita kebiasaanya akan kerap membuang air kecil di awal kehamilan terutamanya pada waktu malam. Bila usia kandungan semakin bertambah, keinginan untuk buang air kecil lebih meningkat. Ini disebabkan oleh pembesaran rahim yang menekan bahagian pundi kencing.

4. Perubahan pada payudara


Wanita hamil akan mengalami perubahan hormon dan ini memberi kesan pada payudara. Perubahan hormon membuatkan payudara terasa lebih padat, sensitif dan tegang. Bahagian puting payudara pula kelihatan sedikit menonjol dan berwarna lebih gelap. Di samping itu, pembuluh darah nampak lebih ketara pada permukaan kulit payudara.

5. Sensitif terhadap bau


Di awal kehamilan, ramai juga wanita jadi lebih sensitif terhadap bau-bauan tertentu seperti minyak wangi, masakan, asap rokok. Malah, ada yang tidak boleh langsung menghidu bau makanan yang digoreng atau nasi yang sedang dimasak. Bila terhidu bauan ini, mereka akan muntah, mual dan pening.

6. Lebih beremosi


Disebabkan perubahan hormon akibat kehamilan, wanita hamil juga mudah beremosi dan terasa tanpa alasan yang jelas.

7. Hilang selera atau terlebih selera makan


Peningkatan kadar hormon dan kadar sensitiviti terhadap bau-bauan akan membuat wanita kurang berselera untuk makan. Namun, berbeza pula keadaannya bagi wanita yang tiada sebarang alahan. Mereka akan jadi lebih berselera dan makan pada kadar yang banyak.

8. Sakit kepala


Ada sesetengah wanita hamil kerap alami sakit kepala di awal kehamilan disebabkan penurunan tekanan darah dan penyempitan pembuluh darah.

9. Tompokan darah


Antara tanda awal kehamilan adalah terdapat tompokan darah dari vagina. Ia menjadi tanda penempelan sel telur pada dinding rahim.

10. Rasa tegang pada perut


Ada sesetengah wanita alami ketegangan pada perut di awal kehamilan. Ini terjadi disebabkan proses implantasi pada rahim yang berlaku di antara 8 hingga 10 hari selepas ovulasi atau sekitar 4 hingga 6 hari sebelum haid berikutnya. Disebabkan rasa sakit ini hampir sama dengan sakit senggugut, ramai wanita keliru dan menganggap sakit ini adalah senggugut.

Lakukan Ujian Kehamilan


Jika anda mengalami kebanyakan tanda-tanda di atas, dan disertai pula dengan kelewatan haid selama seminggu, anda mungkin sedang hamil. Untuk kepastian, boleh lakukan pemeriksaan sendiri di rumah dengan kit kehamilan yang boleh didapati di mana-mana farmasi.

Sekiranya ujian menunjukkan anda positif hamil, buatlah temujanji dengan doktor untuk memastikan kandungan berada di dalam rahim dan menilai usia kandungan anda.

Bagi wanita hamil yang ingin menjalani kehamilan yang sihat, cergas dan bertenaga, saya sarankan anda mengamalkan Set Kehamilan Shaklee. Set ini lengkap dengan semua keperluan nutrisi yang ibu hamil perlukan untuk kesihatan tubuh dan juga pembesaran janin yang sihat.

Bagaimana untuk dapatkan Set Kehamilan Shaklee ini? Boleh terus hubungi saya di http://ift.tt/2yNrq21.

Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.


Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : shikin.azly@gmail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat - Bandar Mahkota Cheras - Ampang - Bandar Tun Hussien Onn - Kajang

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.


Thus Article 10 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Perlu Tahu

Itulah artikel 10 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Perlu Tahu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 10 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Perlu Tahu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/11/10-tanda-awal-kehamilan-yang-wanita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "10 Tanda Awal Kehamilan Yang Wanita Perlu Tahu"

Catat Ulasan

Loading...