Loading...

Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor

Loading...
Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor
link : Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor

Baca juga


Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor

 
Zamihan bagaimanapun berkata beliau akan terus berkhidmat dengan cara dan di tempat yang sesuai.

 
zamihan-sultan-selangor

SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zin memohon maaf terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akur dengan pelucutan tauliahnya oleh baginda semalam.

Zamihan dalam kenyataan hari ini berkata sebagai rakyat biasa, beliau menghormati keputusan diambil Sultan Sharafuddin sebagai waliyyul amri ataupun seorang pemerintah.

“Saya sekali lagi merafak sembah memohon maaf terhadap Tuanku Sultan, sekiranya terguris hati dengan tutur kata saya ketika menyampaikan ceramah agama. Sesungguhnya saya selaku rakyat biasa tiada niat untuk menghina institusi diraja melainkan hanya tanggungjawab menyebarkan syiar Islam,” katanya.

Semalam Sultan Sharafuddin berkenan supaya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menarik balik tauliah mengajar Zamihan serta membatalkan keanggotaannya dalam Jawatankuasa Tauliah negeri itu.
 Zamihan bagaimanapun berkata beliau akan terus berkhidmat dengan cara dan di tempat yang sesuai.
“Sesungguhnya perjuangan ataupun dakwah Islam tidak pernah terhenti,” katanya.

Beliau juga menyeru semua pihak menghentikan adu domba dan sikap ingin melaga-lagakan sesama umat Islam, sebaliknya memberi fokus kepada menolak ancaman dan tipu daya golongan yang benci kepada agama Islam dan umat Islam yang sememangnya suka melihat umat Islam bercakaran dan berpecah sesama sendiri.

Zamihan yang juga merupakan pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebelum ini ditahan reman 2 hari bagi membantu siasatan berhubung ceramahnya yang didakwa berbaur perkauman dan mengkritik institusi diraja.

Beliau yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu lepas.



Thus Article Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor

Itulah artikel Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/zamihan-mohon-maaf-kepada-sultan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zamihan mohon maaf kepada Sultan Selangor"

Catat Ulasan

Loading...