Loading...

Vieira enggan komen skuad Malaysia

Loading...
Vieira enggan komen skuad Malaysia - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Vieira enggan komen skuad Malaysia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Vieira enggan komen skuad Malaysia
link : Vieira enggan komen skuad Malaysia

Baca juga


Vieira enggan komen skuad Malaysia



ARKIB : 25/07/2007

KUALA LUMPUR - Seolah-olah masih terluka dengan cara layanan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tiga tahun lalu, jurulatih Iraq, Jorvan Vieira menolak untuk bercakap tentang pencapaian teruk skuad negara sepanjang pusingan akhir Piala Asia ke-14 ini.

Vieira, warga Brazil yang dipecat FAM ketika beberapa hari menjelang Kejohanan Belia Asia di Johor Bahru pada 2004 dan digantikan oleh K. Rajagopal berkata, dia tidak berhak atau mempunyai kuasa untuk membicarakan persembahan sebarang pasukan selain Iraq.

‘‘Mereka (Malaysia) ada jurulatih dan telah membuat persediaan sendiri ke Piala Asia. Saya fikir saya tidak berhak bercakap tentang pasukan lain. Malaysia bukan masalah dan majikan saya lagi,” katanya.

Sebaliknya, Vieira, 54, hanya berkata, dia mempunyai ramai kawan yang turut diibaratkannya keluarga di sini sepanjang tempoh tiga tahun membentuk skuad Bawah 20 Tahun Malaysia sebelum dipecat gara-gara kekalahan besar anak buahnya dalam satu kejohanan.

Pada sidang akhbar di Hotel Prince di sini, semalam, dia bagaimanapun mendakwa: ‘‘Sehingga kini saya telah mendapat tawaran tiga kelab dari Korea Selatan walaupun mungkin terlalu awal untuk bercakap tentang masa depan dengan pasukan Iraq.

‘‘Selalunya selepas tugasan besar selesai, saya akan pulang untuk bercuti bersama keluarga kemudian barulah membuat sebarang keputusan. Setakat ini saya mempunyai hubungan baik dengan Persatuan Bola Sepak Iraq (IFA) tetapi sama ada saya kekal atau tidak selepas Piala Asia, belum pasti lagi.”

Vieira yang dilantik melatih Iraq pad 24 Mei lalu, memulakan karier pemainnya di kelab Vasco da Gama, Botafogo dan Portuguesa sebelum beralih sebagai jurulatih Qatar Sports Club, bawah 20 Oman, Forces Armees Royales Rabat Maghribi, Wydad Athletic Club, TAS Tihad Casablanca dan Ittihad de Tanger.

Dia yang menggantikan jurulatih Iraq, Hussain Saeed yang terpaksa meletak jawatan kerana menerima ugutan bunuh di negara yang bergolak itu, turut menjadi penolong pengurus Maghribi pada Piala Dunia Mexico 1986, kelab Al Qadisiya Kuwait, Ismaili Mesir, Al Nasr Oman dan Al Taei Arab Saudi.

SUMERArtikel Penuh: http://ift.tt/2yX88bo
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Vieira enggan komen skuad Malaysia

Itulah artikel Vieira enggan komen skuad Malaysia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Vieira enggan komen skuad Malaysia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/vieira-enggan-komen-skuad-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Vieira enggan komen skuad Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...