Loading...
Tajuk : Umno terus pelawa PAS untuk bekerjasama
link : Umno terus pelawa PAS untuk bekerjasama
Umno terus pelawa PAS untuk bekerjasama
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Umno sekali lagi membuka tawaran kerjasama kepada PAS dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa dengan menambaha kedua-dua parti berkenaan mempunyai matlamat sama demi agama dan ummah.
“Bagi yang tidak suka lihat PAS dengan Umno bekerjasama, tentulah mereka akan membuat pelbagai tomahan.
“Bagi kita itu tidak penting, yang penting kita buktikan atas perkara yang ada kebersamaan. Banyak orang salah faham kita kerjasama dalam kebaikan untuk agama dan ummah bukan bergabung.
“Tinggalkan politik kebencian dan jangan sampai kita lupa tentang kebersamaan,” katanya selepas menyertai sebuah sesi dialog di ibu pejabat parti di PWTC malam tadi.
Annuar, pada baru-baru ini pernah menyatakan hal yang sama berkenaan kerjasama Umno dan PAS dimana kedua-duanya mengamalkan ta'awun, contohnya dalam pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusahakan PAS.
Malah Annuar membayangkan “kerjasama lebih erat” dengan PAS sambil menyifatkan kedua-dua parti itu “berkongsi DNA sama”.
Thus Article Umno terus pelawa PAS untuk bekerjasama
Itulah artikel Umno terus pelawa PAS untuk bekerjasama Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Umno terus pelawa PAS untuk bekerjasama dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/umno-terus-pelawa-pas-untuk-bekerjasama.html
0 Response to "Umno terus pelawa PAS untuk bekerjasama"
Catat Ulasan