Loading...

[UMNO BERGOLAK] Pemuda Umno Perlis selar veteran UMNO [WAHABI vs AHLI SUNNAH?]

Loading...
[UMNO BERGOLAK] Pemuda Umno Perlis selar veteran UMNO [WAHABI vs AHLI SUNNAH?] - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [UMNO BERGOLAK] Pemuda Umno Perlis selar veteran UMNO [WAHABI vs AHLI SUNNAH?], Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [UMNO BERGOLAK] Pemuda Umno Perlis selar veteran UMNO [WAHABI vs AHLI SUNNAH?]
link : [UMNO BERGOLAK] Pemuda Umno Perlis selar veteran UMNO [WAHABI vs AHLI SUNNAH?]

Baca juga


[UMNO BERGOLAK] Pemuda Umno Perlis selar veteran UMNO [WAHABI vs AHLI SUNNAH?]


Ketua Pemuda Umno Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar, menyelar kenyataan veteran parti itu yang mendesak pucuk pimpinan menyaring pegangan akidah calon-calon beragama Islam yang akan bertanding dalam pilihan raya.
Dia juga mahu Kelab Veteran Umno ditutup jika pemimpinnya terus-menerus mengeluarkan kenyataan berbaur dendam dan kebencian peribadi, serta cuba memecah-belahkan kesepakatan dalam Umno.
"Seperti beberapa pertubuhan dan kelab yang menyokong perjuangan Umno, mereka juga diharap dapat memainkan peranan sama memperkuatkan parti.
”Sekiranya ahli-ahli veteran begitu kepingin dan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan membuat kenyataan terbuka mengenai Umno, mereka boleh bertanding memegang apa-apa jawatan rasmi dalam parti yang membolehkan mereka mengeluarkan kenyataan selaras dengan kapasiti jawatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik Sinar Harian.
Syed Atief (gambar) berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Kelab Veteran Umno yang mendesak pucuk pimpinan parti menyaring pegangan akidah calon-calon beragama Islam yang bakal diturunkan sebagai calon ketika bahang pilihan raya umum semakin dirasai.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub dalam satu kenyataan berkata, saringan perlu bagi memastikan calon berkenaan benar-benar berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Calon yang tidak berpegang dengan Sunnah Wal Jamaah khususnya berfahaman Wahabi dan Syiah tidak diberi peluang bertanding atas tiket BN.
“Ia juga bagi memastikan kumpulan berkenaan tidak menggunakan pengaruh politik untuk mengembang dan menyebarkan fahaman wahabi, syiah atau apa juga fahaman yang bertentangan dengan ajaran Sunnah Wal Jamaah,” kata Mustapga juga dalam satu kenyataan yang dipetik Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Syed Atief berkata Majlis Tertinggi Umno juga mesti mengeluarkan larangan kepada pertubuhan itu daripada menggunakan nama parti.
Syed Atief berkata langkah itu perlu bagi mengelak veteran Umno terus menjadi kudis yang membarah kepada parti pemerintah itu.
”Cukup-cukuplah dengan perpecahan yang dibuat oleh seorang bekas veteran Umno yang pernah memegang jawatan presiden,” kata Syed Atief.



Thus Article [UMNO BERGOLAK] Pemuda Umno Perlis selar veteran UMNO [WAHABI vs AHLI SUNNAH?]

Itulah artikel [UMNO BERGOLAK] Pemuda Umno Perlis selar veteran UMNO [WAHABI vs AHLI SUNNAH?] Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [UMNO BERGOLAK] Pemuda Umno Perlis selar veteran UMNO [WAHABI vs AHLI SUNNAH?] dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/umno-bergolak-pemuda-umno-perlis-selar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[UMNO BERGOLAK] Pemuda Umno Perlis selar veteran UMNO [WAHABI vs AHLI SUNNAH?]"

Catat Ulasan

Loading...