Loading...

Tukang Gunting Rambut Ini Ada 378 Kereta Mewah

Loading...
Tukang Gunting Rambut Ini Ada 378 Kereta Mewah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tukang Gunting Rambut Ini Ada 378 Kereta Mewah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tukang Gunting Rambut Ini Ada 378 Kereta Mewah
link : Tukang Gunting Rambut Ini Ada 378 Kereta Mewah

Baca juga


Tukang Gunting Rambut Ini Ada 378 Kereta Mewah


NEW DELHI – Menjadi tukang gunting dianggap sebagai kerjaya yang tidak menghasilkan banyak wang, namun siapa sangka, ada menjadi jutawan dan mampu membeli ratusan kereta mewah.

Justeru kisah Ramesh Babu, seorang tukang gunting warga India yang berasal dari Bangalore, India mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen apabila beliau dilaporkan hidup kaya dengan memiliki sebanyak 378 buah kereta.

Laman rushlane melaporkan antara koleksi kenderaan tersebut ialah Rolls Royce Ghost, BMW 7-series, Mercedes S Class, E Class, Viano, BMW 5 Series, Toyota Camrys, Honda Accords dan beberapa Honda CR-Vs.

Terbaharu, Babu membeli Mercedes Maybach S600 berharga 26.5 juta rupee (kira-kira RM1.7 juta) berenjin V12 dengan 6.0 liter yang juga dilengkapi pelbagai fasiliti mewah serta kuasa 530 bhp dan torsion 830 Nm.

Kisah kejayaannya bermula ketika beliau berusia tujuh tahun setelah bapanya meninggal. Babu melakukan pelbagai kerja sehingga pada awal 1990-an beliau berjaya membuka tempat gunting rambut sendiri untuk menyara hidup.


Pada 1993, Babu membeli kereta pertamanya iaitu Suzuki Maruti Omni, hasil usaha wang tabungannya selama menjadi tukang gunting. Demi menambah pendapatan, beliau menyewakan kenderaan itu kepada masyarakat.

Tahun demi tahun, kegigihannya bekerja sama ada sebagai tukang gunting dan penyewa kereta terus berkembang maju sehingga Babu mampu membeli sebanyak enam buah kereta pada 2004 lalu sebelum menjadi jutawan.

Meskipun sudah bergelar hartawan dan selesa memiliki banyak kereta mewah, Babu tetap bertugas sebagai tukang gunting. Beliau cuma mengenakan caj 100 ruppee atau RM6 untuk setiap perkhidmatan gunting rambut gaya biasa.

Selebihnya datang daripada operasi kereta sewa yang beliau buat lebih dua dekad lalu termasuk penyewaan khusus kenderaan mewah dimilikinya. Sebagai contoh, Rolls-Royce disewa dengan harga 50,000 rupee (RM3,000) sehari.

Lebih hebat lagi, pelanggannya bukanlah sembarangan. Kebanyakan dari kalangan artis antaranya Salman Khan, Aishwarya Rai, Aamir Khan malah tokoh terkenal iaitu Raja Saudi, Salman Abdulaziz. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Tukang Gunting Rambut Ini Ada 378 Kereta Mewah

Itulah artikel Tukang Gunting Rambut Ini Ada 378 Kereta Mewah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tukang Gunting Rambut Ini Ada 378 Kereta Mewah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/tukang-gunting-rambut-ini-ada-378.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tukang Gunting Rambut Ini Ada 378 Kereta Mewah"

Catat Ulasan

Loading...