Loading...

Tengku Abdullah letak jawatan Timbalan Presiden FAM

Loading...
Tengku Abdullah letak jawatan Timbalan Presiden FAM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tengku Abdullah letak jawatan Timbalan Presiden FAM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tengku Abdullah letak jawatan Timbalan Presiden FAM
link : Tengku Abdullah letak jawatan Timbalan Presiden FAM

Baca juga


Tengku Abdullah letak jawatan Timbalan Presiden FAM



ARKIB : 15/07/2007

KUALA LUMPUR 15 Julai - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah secara rasmi meletakkan semua jawatan dalam badan induk itu berkuat kuasa hari ini selepas 15 tahun menjawat jawatan tersebut.

"Dengan rasa duka cita ingin saya maklumkan bahawa saya telah mengambil keputusan untuk melepaskan semua jawatan saya dalam FAM berkuat kuasa hari ini.

"Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad dan seluruh kakitangan FAM yang telah memberikan kerjasama sepanjang perkhidmatan saya,’’ ujar beliau.

Tengku Abdullah menyatakan demikian dalam sepucuk surat dua perenggan dalam bahasa Inggeris yang ditandatangani Setiausaha Peribadinya, Datuk Zainal Abidin Abu Bakar yang diberikan kepada Ibrahim.

Surat tersebut diterima oleh Pegawai Khas kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Husin Mohamad Anwar kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Menurut Husin, beliau menerima surat tersebut bagi pihak Ibrahim yang ketika ini berada di luar negara atas urusan peribadi.

"Saya telah menerima surat ini daripada Zainal Abidin dan telah memaklumkan kepada Ibrahim yang ketika ini berada di luar negara,’’ ujar ringkas Husin ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, dalam surat tersebut, Tengku Abdullah tidak menyatakan secara terperinci sebab-sebab beliau meletakkan jawatan secara mengejut.

September lalu, Tengku Abdullah, yang mula menjawat jawatan sebagai Naib Presiden pada 1984 dan selepas itu dilantik sebagai Timbalan Presiden pada Februari 1992, pernah menyuarakan hasrat tidak akan mempertahan jawatan yang disandang olehnya pada Kongres Badan Induk itu bulan depan.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Tengku Abdullah menjelaskan bahawa antara faktor yang membuatkan beliau mengambil keputusan itu ialah untuk memberikan peluang kepada mana-mana pihak yang merasakan mereka mampu membawa sukan bola sepak negara ke tahap yang lebih baik.

Katanya, beliau mungkin telah membawa FAM dan bola sepak negara mencapai tahap yang dikehendaki dengan perubahan-perubahan yang telah dilakukan selama ini tetapi merasakan sudah sampai masanya bola sepak negara dibawa ke satu tahap baru. - Utusan

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2yVRAAr
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Tengku Abdullah letak jawatan Timbalan Presiden FAM

Itulah artikel Tengku Abdullah letak jawatan Timbalan Presiden FAM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tengku Abdullah letak jawatan Timbalan Presiden FAM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/tengku-abdullah-letak-jawatan-timbalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tengku Abdullah letak jawatan Timbalan Presiden FAM"

Catat Ulasan

Loading...