Loading...

Suami Maut Ditikam Isteri Disyaki Kerana Cemburu

Loading...
Suami Maut Ditikam Isteri Disyaki Kerana Cemburu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Suami Maut Ditikam Isteri Disyaki Kerana Cemburu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Suami Maut Ditikam Isteri Disyaki Kerana Cemburu
link : Suami Maut Ditikam Isteri Disyaki Kerana Cemburu

Baca juga


Suami Maut Ditikam Isteri Disyaki Kerana Cemburu


MUAR – Perasaan cemburu dan syak wasangka terhadap suami yang tidak pulang ke rumah selama dua hari, dipercayai menjadi punca seorang wanita muda menikam suaminya dengan sebilah pisau di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Zaharudin Rasip berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 28 tahun maut selepas disyaki ditikam oleh isterinya yang berumur 17 tahun.

“Suspek menggunakan pisau pemotong sayur berukuran kira-kira 21 sentimeter setelah kedua-dua mereka dipercayai turut bertelingkah dan berlaku sedikit pergelutan.

“Ketika polis tiba, mayat mangsa terlentang di ruang tamu rumah berkenaan dan suspek yang turut berada di lokasi telah ditahan serta kita turut merampas pisau tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini, hari ini.

Beliau berkata tempat kejadian merupakan kediaman milik majikan mangsa yang dijadikan stor penyimpanan serta rumah persinggahan pekerja.

Menurut Zaharudin mangsa bekerja sebagai pembantu kedai menjual ayam di Pasar Maharani manakala suspek tidak bekerja namun ada membantu suaminya di pasar berkenaan.

“Kedua-dua mereka baharu mendirikan rumah tangga kira-kira lima bulan lepas dan menetap di Parit Bunga, Tangkak,” katanya.

Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk motif kejadian, namun tidak menolak kemungkinan berpunca daripada faktor cemburu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala suspek diperintah reman selama enam hari bermula hari ini.

Zaharudin berkata, ujian air kencing terhadap suspek juga negatif dadah dan suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau. – BERNAMA


Thus Article Suami Maut Ditikam Isteri Disyaki Kerana Cemburu

Itulah artikel Suami Maut Ditikam Isteri Disyaki Kerana Cemburu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Suami Maut Ditikam Isteri Disyaki Kerana Cemburu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/suami-maut-ditikam-isteri-disyaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Suami Maut Ditikam Isteri Disyaki Kerana Cemburu"

Catat Ulasan

Loading...