Loading...

‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan

Loading...
‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan
link : ‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan

Baca juga


‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan


JIKA suatu ketika dahulu, kaum lelaki mendominasi aktiviti sukan ekstrem, namun kini semakin ramai wanita tahan lasak yang gemar melakukan aktiviti ekstrem seperti rock climbing, memanjat gunung, BASE jump dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti ini amat mencabar dan merbahayakan nyawa jika tidak mengambil langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya.

Tetapi lain pula di China apabila sebuah kumpulan ini memanjat tebing setinggi 100 meter tanpa menggunakan apa-apa peralatan keselamatan.


Apa yang lebih menarik lagi ialah dalam kalangan lelaki tersebut, terselit seorang wanita 37 tahun yang turut aktif menceburi aktiviti ekstrem berkenaan.

Luo Dengping merupakan satu-satunya wanita di dalam kumpulan tersebut yang akan membuat persembahan memanjat tebing tinggi sehingga mendapat gelaran ‘Spiderwoman’ daripada pelawat dan pelancong yang datang ke wilayah Guizhou, China itu.

Dengping mula berkecimpung dengan aktiviti ini apabila dia tidak mempunyai adik-beradik lelaki yang boleh meneruskan tradisi yang diwarisi daripada bapanya.

Oleh kerana biasanya tradisi itu diturunkan kepada anak lelaki, Dengping merupakan wanita pertama yang memecahkan tradisi itu dengan terlibat dalam kumpulan pemanjat di sana.


Tambah Dengping lagi, dia akan beraksi bersama lima anggota kupulannya sebanyak dua kali sehari dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan dibayar 3,000 yuan (RM1,915.59) sebulan bagi menyara hidupnya sekeluarga.

Dalam pada itu, Dengping merasakan wanita juga boleh membuat aktiviti yang menjadi keutamaan lelaki dan disebabkan itulah dia tidak berputus asa untuk meneruskan kerjanya ini.

“Saya rasa lelaki dan wanita adalah sama. Jika lelaki boleh melakukannya, saya juga boleh melakukannya,” katanya dipetik laporan OddityCentral.

Dia juga turut berkongsi tips memanjat yang menjadi pegangannya semasa memanjat tebing berkenaan tanpa menggunakan apa-apa alatan keselamatan.


“Sentuh batu dahulu dengan tangan atau kaki. Sekiranya anda tidak dapat menyentuhnya, jangan bergerak ke arah itu,” ujarnya.

Menurut laporan OddityCentral, aktiviti memanjat itu merupakan tradisi turun temurun oleh etnik Miao, Selatan China.

Khabarnya kemahiran memanjat itu diajar sebagai latihan untuk mengangkat keranda keluarga yang telah meninggal dunia.

Keranda itu akan diletakkan di gua-gua kecil atau digantungkan di tebing seperti yang dilakukan oleh suku Tana Toraja di Indonesia. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim



Thus Article ‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan

Itulah artikel ‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/spiderwoman-china-panjat-tebing-tanpa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "‘Spiderwoman’ China Panjat Tebing Tanpa Alat Bantuan"

Catat Ulasan

Loading...