Loading...

Siasat Dakwaan Pegawai SPRM Goda Isteri Orang

Loading...
Siasat Dakwaan Pegawai SPRM Goda Isteri Orang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Siasat Dakwaan Pegawai SPRM Goda Isteri Orang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Siasat Dakwaan Pegawai SPRM Goda Isteri Orang
link : Siasat Dakwaan Pegawai SPRM Goda Isteri Orang

Baca juga


Siasat Dakwaan Pegawai SPRM Goda Isteri Orang


SEPANG – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan belum menerima sebarang laporan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan seorang pegawai kanan agensi itu yang dikatakan ada hubungan sulit dengan isteri orang.

Fuzi berkata, bagaimanapun siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi menyiasat perkara itu berdasarkan laporan polis yang diterima daripada pihak lain.

“Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan berhubung laporan itu.

“Kita sedang kenal pasti (pihak bertanggungjawab menyebarkan video) kalau perlu buat tangkapan kita akan buat tangkapan, tapi setakat ini tiada tangkapan.

“Bagi kita masa secukupnya untuk siasat, bukan mudah untuk kita kesan (pihak bertanggungjawab menyebarkan video), tapi kita cuba sedaya upaya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya pihak polis sedang mengambil langkah perlu untuk melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes hasutan membabitkan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr. Zamihan Mat Zin, sebelum dikemukakan kepada pihak Peguam Negara.

Sementara itu, berhubung himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ yang berlangsung di Padang Timur Ahad lalu, beliau mengesahkan polis akan memanggil pihak penganjur himpunan berkenaan memandangkan polis tidak memperakukan penganjurannya.

“Semua sedia maklum kita tidak memperakukan perhimpunan yang dianjurkan pada Ahad lalu, jadi kita sedang teliti kesalahan serta tindakan yang boleh diambil kepada pihak penganjur.

“Yang pasti kita akan panggil pihak penganjur sebab kita tidak benarkan tempat itu diadakan perhimpunan tapi dia tetap buat.

“Selain itu, siasatan menyeluruh akan dibuat terhadap semua perkara termasuk (intipati ceramah) sekiranya wujud sebarang unsur hasutan atau kesalahan di bawah peruntukan lain dan sebagainya,” katanya. – BH Online


Thus Article Siasat Dakwaan Pegawai SPRM Goda Isteri Orang

Itulah artikel Siasat Dakwaan Pegawai SPRM Goda Isteri Orang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Siasat Dakwaan Pegawai SPRM Goda Isteri Orang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/10/siasat-dakwaan-pegawai-sprm-goda-isteri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siasat Dakwaan Pegawai SPRM Goda Isteri Orang"

Catat Ulasan

Loading...